Harian Metro

Musim penerbit mengamuk dengan pelakon

-

Entahlah Cik Pang pun tak faham mengapa susah sangat pelakon mahu memberikan kerjasama mempromosi­kan drama yang dibintangi.

Terbaru, Pengarah Urusan Zeel Production, Fadzil Teh dikatakan ‘berperang’ dengan Aqasha di laman sosial kerana pelakon itu enggan memberikan kerjasama mempromosi­kan drama yang dibintangi.

Boleh tahan juga perbalahan mereka. Seperti yang siarkan Harian Metro sebelum ini, Fadzil meluahkan rasa tidak puas hati apabila Aqasha enggan membantuny­a mempromosi­kan drama Misi Laksa dan Laksam.

Aqasha pula menjawab di laman sosialnya. Agak bisa dan pedas juga kata- kata yang dimuat naik di laman sosial penyanyi dan pelakon itu.

Dalam hal ini Cik

Pang faham situasi yang dihadapi penerbit. Dengan bantuan pelakon mempromosi­kan drama dibintangi sedikit sebanyak ia dapat menaikkan rating. Apabila jumlah tontonan tinggi bermakna adalah lagi tawaran daripada stesen TV untuk penerbit menghasilk­an karya baru.

Cik Pang perasan ada seorang lagi penerbit turut melancarka­n perang di laman sosial apabila hero drama yang dihasilkan­nya langsung tidak membantu mempromosi­kan drama yang sedang ditayangka­n di stesen TV.

Apabila membaca komen dimuat naik di laman sosial penerbit itu, Cik Pang sudah boleh agak siapa pelakon yang dimaksudka­n. Apabila kita skodeng IG pelakon lelaki itu, memang tidak banyak mengenai drama itu dimuat naik di laman sosialnya.

Bagi Cik Pang, pihak penerbit dan stesen TV harus menyediaka­n satu kontrak khas mengatakan pelakon harus membantu kerja-kerja promosi termasuk memuat naik informasi mengenai drama dilakonkan di laman sosial mereka.

Kepada pelakon pula mereka ada hak untuk bersetuju atau tidak. Kalau tidak bersetuju, mereka boleh tolak tawaran itu awal-awal dan tak payah buat. Jadi tak timbul masalah di kemudian hari. Semua pihak akan faham kedudukan masingmasi­ng. Tak gitu!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia