Harian Metro

Sesi potluck kongsi cerita

- Amirul Haswendy Ashari. haswendy@hmetro.com.my

G ulai ayam, nasi ayam penyet, piza, soto, buah-buahan dan air teh kundur antara juadah sesi ‘potluck’ barisan artis yang bernaung bawah pengurusan MIG Talent, Selasa lalu.

Berlangsun­g dalam suasana santai dan mesra, artis baru dan lama pengurusan itu berkumpul di pejabat Metrowealt­h sebagai aktiviti wajib mereka. Boleh dikatakan, hampir setiap dua atau tiga bulan sekali mereka berkumpul untuk berkenalan dan berkongsi cerita.

“Aktiviti ini diadakan bagi merapatkan hubungan artis baru dan lama.

“Kalau bukan ‘potluck’, kadangkala bos (David Teoh) akan belanja kami makan di luar,” kata pelakon kelahiran Indonesia, Refika Novianti Faturohman, 29, atau Vicha yang sudah empat tahun bersama pengurusan itu.

Katanya, aktiviti ini menarik kerana dapat mendengar cerita terbaru rakan-rakan. Selain itu, ia juga dilihat sebagai cara terbaik memastikan kelangsung­an kerjayanya sejak berada bawah syarikat berkenaan.

Anggota kumpulan lawak Saywho itu berkata, suasana yang wujud antara mereka ibarat keluarga besar yang menerapkan nilainilai bahagia.

Selain bertindak sebagai pengacara santai belakang tabir pada program hiburan Gegar Vaganza, Vicha bakal muncul dengan drama Toyol Ke London untuk siaran Astro.

Sementara itu, jejaka kelahiran Pahang,

Fahmy Reza, 26, berkata, walaupun sederhana aktiviti ini sangat bermakna kerana tidak mudah semua artis MIG Talent dapat berkumpul berikutan sibuk dengan komitmen masingmasi­ng.

“Apabila berkumpul, kami dapat berbual dan berbincang mengenai banyak perkara. Kami dapat kenal hati budi masing-masing selain bebas meluahkan perasaan serta pendapat.

“Aktiviti ini patut diteruskan kerana banyak manfaatnya seperti berkongsi rezeki serta idea segar bagi memajukan MIG bersama,” katanya.

Selain aktiviti ini, dia juga bersetuju jika MIG menganjurk­an banyak lagi aktiviti seperti kelas lakonan, pembentuka­n imej, media sosial dan teknik berkomunik­asi.

Katanya, melalui aktiviti itu pelakon dapat mengenal diri dan mencungkil lagi bakat mereka untuk terus kekal bersaing dalam industri.

Perkembang­an terbaru, Fahmy baru sahaja muncul dengan drama Kerna Syurga Bukan Percuma memegang watak sebagai Aiman di slot Raihana saluran Astro Oasis.

Dia juga membintang­i drama Bakal Suami

Akan Datang dan Calon

Setiap tiga bulan artis lama dan baru

MIG Talent berjamu dan bermesra

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia