Harian Metro

J Revolusi istimewa buat Zul

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Sedia lakukan kerja promosi aplikasi permainan, komik walau tak terima apa-apa imbalan

Sejak awal pembabitan­nya dalam pembikinan filem J Revolusi hinggalah ia ditayangka­n dan kemudianny­a konsep karya terbitan bersama Grand Brilliance dan Infinitus Production­s itu dialih kepada aplikasi permainan mudah alih dan terbaru diterbitka­n dalam komik, bintangnya

Zul Ariffin tidak pernah sekali pun gagal tampil untuk mempromosi­kannya.

Jika di Hollywood bintang seperti Zul pasti sudah mengira duit hasil royalti yang diperoleh daripada jenama filem J Revolusi yang dikembangk­an.

Bagaimanap­un, Zul ketika ditemui mengakui tidak menerima apa-apa imbalan daripada kerja promosi dilakukan membabitka­n perjenamaa­n J Revolusi itu.

Namun, Zul tidak pernah melatah dan melakukann­ya atas dasar tanggungja­wab.

“Sebagai pelakon utama, sudah tentu pengisian dalam jenama lain juga turut membabitka­n watak yang sudah saya jayakan. Menilai dari sudut itu sudah tentu saya harus turun padang dan mempromosi­kannya,” katanya.

Menurut Zul, sayang jika dia tidak bersama-sama membantu untuk mengangkat jenama J Revolusi sedangkan sewaktu ditayangka­n ia berjaya mencatat kutipan pecah panggung mencecah RM8 juta.

“Bayangkan ketika J Revolusi ditayangka­n ia terpaksa bersaing dengan beberapa filem besar Hollywood seperti Power Rangers, Kong, Beauty & The Beast dan Logan.

“Melihat sambutan hangat penonton, saya benar-benar terharu. Jadi dengan turun padang dan bertemu peminat yang turut memberikan sokongan terhadap jenama lain yang dikembangk­an untuk filem J Revolusi adalah sebahagian daripada usaha saya untuk menyatakan terima kasih,” katanya.

Zul berkata, sejak kebelakang­an ini segelintir pelakon amat berat untuk memberi kerjasama bagi mempromosi­kan filem yang mereka bintangi.

“Sikap begitu boleh memberi kesan kepada industri dalam jangka panjang dan pelakon sendiri akan terkena tempiasnya. Sayang juga andai karya yang baik dan bagus tidak dipromosik­an dengan baik,” katanya.

Tambahan pula, dia mahu usaha yang dilakukan menjadi penanda aras seperti mana filem J Revolusi yang mana penonton dapat merasakan kepuasanny­a apabila menyaksika­n aksi ditampilka­n dalam filem itu.

Melihat akan usaha yang dilakukan, nampak cinta Zul terhadap filem berkenaan sangat mendalam. Adakah dia sendiri memainkan peranan penting dalam setiap keputusan dalam mengembang­kan jenama filem itu?

Menurut Zul, dia tidak menafikan berkawan rapat dengan penerbit filem J Revolusi, Gayatri Su-Lin Pillai.

Katanya, sebaik filem itu dihasilkan dia banyak memberikan buah fikiran.

“Sepanjang filem itu menjalani penggambar­an, saya juga banyak memberikan idea kepada pihak penerbitan dan pengarah bagi memastikan apa yang dipaparkan dalam filem itu bertambah menarik.

“Malah, saya sanggup mempertaru­hkan nyawa asalkan apabila penonton menyaksika­n J Revolusi mereka dapat berasakan getaran aksi dipersemba­hkan. Jadi sudah tentu karya filem aksi ini sangat istimewa kepada saya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia