Harian Metro

CEO Desa gilap usahawan

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Rural Business Challenge (RBC) satu program bawah Pelan Transforma­si Kerajaan (GTP 2.0): Pembanguna­n Luar Bandar yang diumumkan Perdana Menteri pada 2012.

RBC dilaksanak­an sebagai usaha kerajaan untuk menggalakk­an golongan belia khususnya di luar bandar supaya menjadikan bidang keusahawan­an sebagai kerjaya pilihan atau sumber pendapatan mereka.

Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatk­an pendapatan penduduk luar bandar, seterusnya menjadikan kawasan itu lokasi menarik untuk didiami terutamany­a golongan belia.

Bagi mengangkat program yang dilaksanak­an tahun ini, RBC dijadikan program realiti 13 episod, Mencari

CEO Desa dan disiarkan

TV3 setiap Sabtu bermula 28 Oktober lalu. Episod akhir pula akan disiarkan secara langsung.

Pengarah filem tersohor, Erma Fatima diberikan amanah merealisas­ikan program itu. Tambahan pula dia yang kini bergelar usahawan dan karakterny­a sebagai Mak Cun turut menjadi inspirasi ramai wanita di luar bandar.

Erma berkata CEO Desa cuba mengenal pasti serta mencungkil bakat usahawan luar bandar agar lebih kreatif dan inovatif dalam mengembang­kan perniagaan yang diusahakan.

Menurut Erma, seramai 1,134 peserta dari seluruh negara menghadiri uji bakat yang dijalankan di enam zon.

“Menerusi penilaian awal, seramai 18 peserta kategori pengembang­an perniagaan dan sembilan peserta kategori idea perniagaan dipilih untuk bersaing. Sepanjang program berlangsun­g ada penyingkir­an,” katanya.

Jelas Erma lagi, apa yang penting dalam program itu adalah ilmu yang cuba disalurkan kepada usahawan desa selain tampilkan mentor berpengala­man sebagai penasihat dan pembimbing.

Beberapa selebriti yang sebelum ini berjaya sebagai ahli perniagaan seperti Rozita Che Wan atau Che Ta, Fizo Omar, Fahrin Ahmad serta pakar pemasaran dalam sosial media, Jamaluddin Bahari atau SifuFBads diberi tanggungja­wab untuk membimbing peserta. Erma dengan penampilan sebagai Mak Cun pula bertindak selaku ketua mentor.

“Semua aktiviti akan dinilai barisan juri tetap iaitu Noor Nabila Mohd

Noor, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman (ketua juri) dan barisan juri jemputan,” katanya.

Menyaksika­n beberapa episod awal, Mencari CEO Desa juga tidak lari daripada konflik apabila sebagai ketua mentor Erma beberapa kali cuba menyelamat­kan peserta yang disingkirk­an.

“Tujuan asal program ini dilaksanak­an adalah untuk mendidik dan memberikan ilmu kepada peserta. Menyingkir­kan mereka pada peringkat awal bermakna tiada ilmu yang mereka peroleh. Kerana itu saya menggunaka­n segala kuasa untuk menyelamat­kan mereka,” katanya.

Jelas Erma lagi, dalam minggu keempat misalnya, peserta yang menternak lembu mahu disingkirk­an Aliff Syukri tetapi dengan kuasa yang ada dia membatalka­n keputusan itu. Peserta itu dihantar menjalani latihan di pusat veterinar.

“Saya mahu mengubah nasib peserta dan berharap ilmu yang diperoleh nanti membuatkan perniagaan mereka berdaya saing,” katanya.

Peserta akan melaksanak­an tugasan mingguan dengan bimbingan mentor masingmasi­ng seperti Penyediaan Kertas Rancangan Perniagaan, Penyediaan Perakaunan Perniagaan, menghadiri kursus pemasaran dalam talian dan aktiviti yang bersesuaia­n dengan perniagaan masingmasi­ng.

Selain diberikan pendedahan, pada episod akhir mereka yang berjaya melaksanak­an tugasan dengan baik berpeluang menerima geran perniagaan sehingga RM1 juta.

 ??  ?? ERMA ALIFF Syukri
CHE Ta
ERMA ALIFF Syukri CHE Ta

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia