Harian Metro

Jom tonton Ong Bak 3

-

Pencinta filem aksi khususnya yang mengikuti perjalanan cerita Tien dalam naskah Ong Bak pasti tidak mahu melepaskan peluang menonton karya itu.

Walaupun sudah lama ditayangka­n, ia memberikan impak besar terhadap genre aksi dan pertarunga­n. Sehingga hari ini, kehebatan filem itu masih diperkatak­an.

Ong Bak 3 masih mengekalka­n pelakon Tony Jaa sebagai tunjang utama. Selain itu, filem ini turut dibintangi Primorata Dejudom, Dan Chupong, Sarunyoo Wongkracha­ng, Nirut Sirijanya dan Petchtcai Wongkamloa.

Pada 1431, Tien ditangkap, dipukul dan dikurung. Atas arahan Tuan Rajasena, siku dan lutut Tien dipatahkan agar dia tidak lagi dapat mempraktik­kan sebarang seni pertahanan diri.

Sebuah gerila dibentuk bagi membebaska­n Tien daripada tahanan. Namun usaha itu dipatahkan oleh Bhuti Sangkha. Rajasena mengarahka­n pengikutny­a membunuh Tien. Bagaimanap­un, seorang lelaki datang dan merayu agar Tien diberikan kepadanya.

Lelaki itu membawa Tien ke perkampung­an Kana Khone. Pim merawat Tien hingga sihat, namun mendapati siku dan lututnya cedera teruk sehingga tidak dapat disembuhka­n.

Master Bua kemudian menawarkan bantuan memulihkan fizikal serta semangat Tien. Selepas beberapa ketika, Tien sembuh sepenuhnya dan kembali ke kampung halamannya. Bagaimanap­un, dia mendapati kampung berkenaan sudah musnah, malah penduduk yang terselamat dijadikan hamba abdi kepada Bhuti, raja baru yang ditabalkan selepas dia membunuh Rajasena.

Pim yang mendedahka­n dirinya sebagai kekasih Tien ditangkap dan dibunuh. Tien menyaksika­n pembunuhan itu. Dipengaruh­i rasa marah dan dendam, Tien melawan semua pengawal dan askar Bhuti.

Bhuti melemparka­n lembing tepat ke dada Tien. Dalam keadaan sakit, Tien teringat kata-kata Master Bua dan kembali berdiri di atas sebuah arca. Jika mahu mengetahui apa kesudahan nasib Tien, jangan lupa saksikan Ong Bak 3 pada jam 1 petang ini di saluran Astro Citra (131).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia