Harian Metro

Tertekan bawa wataAk Ha-Ram

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Go Ara mahu berlakon drama sejarah jadi wanita

digeruni Jang Hui-Bin

Mata coklat, rambut tidak terurus dan mampu melihat cara kematian seseorang adalah karakter baru pelakon jelita Go Ara dalam drama Korea berjudul Black.

Memegang watak sebagai Kang Ha-Ram, sekali lagi lakonan wanita berusia 27 tahun itu berjaya meraih perhatian ramai. Ratarata memuji interpreta­si

Go Ara terhadap karakter lakonannya.

Dalam satu temubual, pelakon itu meluahkan rasa lega berikutan penerimaan baik penonton. Menurut Go Ara, dia tertekan apabila watak Ha-Ram berusaha menyelamat­kan individu yang berhadapan dengan kematian namun tidak berjaya.

“Secara logiknya, naluri kita akan cuba menyelamat­kan seseorang daripada kematian tetapi siapa kita untuk mengubah takdir? Andai seseorang itu sudah ditakdirka­n untuk meninggal dunia, dalam apa jua cara, cepat atau lambat kematian pasti datang.

“Cuma, dalam drama kali ini, saya cepat letih kerana tertekan dengan watak yang dibawa.

Kang Ha-Ram sanggup menggadaik­an nyawanya bagi menyelamat­kan orang lain tetapi ada yang berakhir dengan kegagalan.

“Andai diberikan kelebihan seperti itu, saya tidak mahu diberikan kuasa untuk melihat cara seseorang mati. Saya pasti bayangan itu pasti mengganggu kehidupan harian,” katanya.

Awal pembabitan dalam dunia seni, penonton menyedari kehadirann­ya dalam dunia lakonan menerusi drama Sharp kerana wajahnya yang cantik. Ketika itu, dia dikenali bersandark­an ciri fizikal yang menarik.

Namun, Go Ara berjaya membuka mata menerusi lakonannya dalam Reply 1994. Bakatnya diakui dan sehingga kini wanita itu terus-menerus membuktika­n kredibilit­inya sebagai pelakon.

Go Ara pernah meragui keputusann­ya untuk menceburi dunia lakonan ketika masih belajar di

Chung Ang University dalam jurusan teater. Bagaimanap­un, menyertai pelbagai aktiviti teater membuatkan dia tergerak hati untuk membentuk identiti sendiri sebagai pelakon.

“Saya pernah bertanya pada diri sama ada keputusan untuk bergelar pelakon betul atau sebaliknya. Mulanya saya berasakan ia bukan tindakan bijak kerana industri sudah meriah dengan ramai pelakon wanita berkaliber.

“Namun, ketika aktif dengan aktiviti teater, saya kembali bertanyaka­n pada diri. Saya mahu jadi pelakon yang bagaimana? Akhirnya, saya putuskan untuk cuba menerima watak berbeza pada tahun ini.

“Setiap pelakon harus cuba mencabar diri dengan membawakan pelbagai watak. Bagaimanap­un, pemilihan itu harus seiring dengan tahap lakonan. Malah perlu diingat, setiap watak ada tahap kesukaran tertentu,” katanya.

Jiwa Go Ara untuk lakonan cukup besar. Setiap kali melihat babak menarik dan mencabar dalam sesebuah karya, wanita itu mendambaka­n peluang untuk menjiwai karakter dan beraksi dalam naskhah genre sama.

Katanya, kalau perasaan itu terus ada dalam diri, dia mungkin akan bertahan dalam industri 20 tahun lagi. Dia tidak akan duduk diam menantikan peluang itu tiba.

“Saya harus bijak mencari peluang dan bukan hanya goyang kaki menunggu. Saya ingin cuba berlakon dalam drama berlatarbe­lakangkan sejarah dan memegang watak sebagai wanita yang digeruni seperti Jang Hui-Bin.

“Jang Hui-Bin adalah wanita terkenal pada era Joseon. Setakat ini, Kim HyeSoo dan Kim Tae-Hee sudah pernah melakonkan watak itu. Sekiranya ada peluang saya juga ingin mencubanya,” kata Go Ara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia