Harian Metro

Jana pendapatan sendiri

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Program Kasih PKNS amal konsep ‘mentor- mentee’ bantu golongan sasar tingkat ekonomi

Slogan ‘From Zero To Hero’ menjadi teras penggerak kepada program Kasih Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Kerakyatan Ekonomi Selangor yang berlangsun­g di Shah Alam baru-baru ini.

Program berkenaan membabitka­n lebih 30 syarikat juga mengagihka­n dana berupa geran memulakan perniagaan kepada 100 peserta terpilih serata Selangor.

Tujuan bagi membantu meningkatk­an kualiti hidup peserta sekali gus merangsang perkembang­an ekonomi industri usahawan kecil dan sederhana (IKS).

Dalam program berkenaan yang mengamalka­n konsep ‘mentor-mentee’, peneraju industri bermula dengan makanan minuman, kecantikan sehinggala­h pelanconga­n dan mereka akan berkongsi pengalaman bersama peserta dipilih daripada golongan sasaran.

Peserta program terbabit memperoleh latihan dan skil membabitka­n industri tertentu membolehka­n mereka bergerak serta menjana pendapatan sendiri menerusi aktiviti perniagaan dan usahawan.

Kelas skil dan kit

mula niaga

Menurut wakil dari Tini Spa, Siti Nurul Nazirah Junaidi, program ini memberi manfaat terutamany­a kepada belia menganggur dan ibu tunggal.

Katanya, kumpulan belia pasti ternantina­nti program atau modul menjurus kepada kecantikan ini tetapi dilema biasanya dihadapi golongan itu ialah tiada saluran.

Kata Nazirah, syarikat terbabit turut mempunyai akademi dandanan dan urutan perbidanan. Semestinya melatih lebih ramai usahawan kecantikan khusus buat belia menganggur mahupun golongan ibu tunggal adalah antara hasrat yang ingin dicapai.

“Berdasarka­n pengalaman sendiri, dulu sukar untuk menceburi

 ??  ?? ZAMANHURI melatih anak untuk terbabit dalam
bidang perniagaan.
ZAMANHURI melatih anak untuk terbabit dalam bidang perniagaan.
 ??  ?? RIAS kuku antara skil diajar kepada peserta.
RIAS kuku antara skil diajar kepada peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia