Harian Metro

RINGAN BERKUASA

-

(Paparan ini boleh ditonton dalam Berita TV9 hari ini jam 12 tengah hari

dan 8 malam) KTM siri Duke sememangny­a menjadi kegilaan ramai sejak memasuki pasaran tempatan, lima tahun lalu.

Model 390 Duke terbaharu ini boleh disifatkan sebagai jentera moden dan ‘ganas’ selepas berpeluang menunggang ujinya selama beberapa hari merentasi beberapa lokasi bermula dari Kota Damansara ke Kuala Kubu Baru, Selangor.

Pada sudut luaran rekaan agresifnya membuatkan penulis tertarik dan sekali imbas, ia dilihat hampir sama dengan model Duke berkapasit­i lebih tinggi seperti Super Duke 1290R.

Ditambah penerapan beberapa elemen baru seperti sistem CANBUS, tayar Metzeler M5 Interact, penarafan emisi Euro 4 serta cermin sisi lebih lebar membuatkan jentera ini tampil lebih menarik.

Penulis mendapati motosikal keluaran Austria dengan berat keseluruha­n 149 kilogram ini disifatkan sebagai jentera ringan dan mudah dikawal.

Berkapasit­i 373.2 cc, enjin ini menghambur­kan 44 kuasa kuda (hp) pada 9,000 rpm dan tork 37Nm pada 7,000 rpm manakala pendikit dikuasakan Rideby-Wire.

Dari segi keselamata­n pula, jentera ini didatangka­n dengan tiga mod Sistem Brek AntiKunci (ABS) iaitu Road, Off-road dan Supermoto.

Paling menarik, jentera ini dilengkapi panel meter TFT berwarna yang membolehka­n penunggang mendapatka­n maklumat lengkap selain boleh

KTM 390 Duke janji kepuasan tunggangan

menghubung­kannya dengan telefon bimbit.

Selain itu, jentera ini didatangka­n dengan sepit udang USD WP Suspension 43 milimeter (mm) di hadapan, monoshock prabeban boleh laras di belakang, rim 17 inci dengan tayar 110 mm di hadapan dan 150 mm di belakang.

Kedua-dua roda dilengkapi brek cakera 320 mm bersama angkup Bybre empat piston di hadapan manakala cakera 230 mm dan angkup satu piston di belakang.

Untuk pasaran Malaysia, ia dijual bermula harga RM28,800 (termasuk GST) berserta jaminan dua tahun tanpa had perbatuan.

 ??  ?? TAMPIL dengan potongan maskulin.
TAMPIL dengan potongan maskulin.
 ??  ?? PANEL meter TFT. KTM 390 DUKE
44 kuasa kuda (hp) dan tork 37 Nm
Pendikit Ride-byWire
Panel meter TFT berwarna
Tiga mod ABS (Road, Off dan Supermoto)
Harga bermula RM28,800
PANEL meter TFT. KTM 390 DUKE 44 kuasa kuda (hp) dan tork 37 Nm Pendikit Ride-byWire Panel meter TFT berwarna Tiga mod ABS (Road, Off dan Supermoto) Harga bermula RM28,800
 ??  ?? BREK cakera angkup
Bybre.
BREK cakera angkup Bybre.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia