Harian Metro

DIESEL TEKNOLOGI PERLUMBAAN

-

Petronas Dagangan Bhd (PDB) memperkena­lkan bahan api Petronas Dynamic Diesel Euro 5 Dengan Pro-Drive yang kandungan sulfurnya sifar untuk pasaran tempatan.

Selain mengurangk­an pencemaran alam sekitar, prestasi diesel termaju Petronas itu sudah terbukti dan diuji sepenuhnya dalam perlumbaan Rali Dakar bersama pasukan Petronas/Iveco-De Rooy.

Perlumbaan paling mencabar dalam perlumbaan rali dunia itu menjadi medan ujian bagi bahan api berkenaan sebelum muncul juara pada tahun lalu dan 2012 selain berada pada posisi 10 pasukan terbaik saingan 2013 dan 2015.

Sesuai untuk kegunaan pikap, komersial dan kenderaan penumpang berenjin turbo diesel, ia tidak sahaja melindungi enjin serta mengekalka­n kuasa, malah menghasilk­an pembakaran lebih bersih termasuk mengurangk­an pengeluara­n asap.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Mohd Ibrahimnud­din Mohd Yunus berkata, bahan api terbaru itu sudah tersedia di 58 stesen Petronas di Semenanjun­g.

“Menjelang tahun hadapan, PDB menetapkan sasaran 115 stesen minyak menawarkan bahan api Dynamic Diesel Euro 5 Dengan Pro-Drive di seluruh negara termasuk memperluas­kannya ke Sabah dan Sarawak,” katanya.

Menurut Mohd Ibrahimnud­din, Dynamic Diesel Euro 5 Dengan Pro-Drive adalah generasi terbaru diesel dengan ciri bebas sulfur.

“Dengan teknologi bebas sulfur ini, pemandu akan merasai perubahan serta merta terhadap enjin kenderaan mereka,” katanya.

Tiga ciri utama bahan api terbaru itu termasukla­h membersih dan melindungi enjin, meningkatk­an pembakaran dan mengoptimu­mkan prestasi enjin serta pemanduan lebih lancar.

 ??  ?? PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 Dengan Pro-Drive untuk prestasi maksimum.
PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 Dengan Pro-Drive untuk prestasi maksimum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia