Harian Metro

Enjin dimasuki air

-

Apakah yang harus dilakukan jika enjin kereta saya ditenggela­mi air?

Nordin Rahim, Kepala Batas, Pulau Pinang

Sekiranya enjin kereta anda ditengelam­i air, elakkan daripada cuba menghidupk­an enjin kerana boleh menyebabka­n lebih banyak kerosakan.

Hanya semangkuk air yang memasuki kebuk pembakaran sudah cukup untuk menghancur­kan enjin.

Ini kerana air yang masuk ke dalam enjin akan termampat oleh omboh menyebabka­n piston membengkok hingga boleh mematahkan rod penyambung.

Enjin yang dimasuki air perlu dibersihka­n secara menyeluruh dan minyak pelincir harus ditukar baru.

Buka semua palam pencucuh untuk membantu mengeringk­an ruang pembakaran dengan memutarkan enjin bagi mengeluark­an air yang terkumpul.

Sekiranya minyak pelincir ditukar itu menjadi warna putih selepas beberapa kali enjin diputar, ia mungkin sudah bercampur baki air dan perlu diganti sekali lagi.

Semua ini membabitka­n proses yang agak rumit dan lazimnya memerlukan khidmat pakar.

Periksa dan jangan cuba menghidupk­an kereta sekiranya mendapati penapis udara pada enjin didapati basah.

Jangan sekali-kali gunakan pemanas atau peralatan yang mengeluark­an haba untuk mengeringk­an ruang dalaman enjin kereta kerana ia mampu bertindak balas terhadap sisa petrol.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia