Harian Metro

COROLLA KE70 ‘LIFTBACK’ KONSEP JDM

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi metahad@hmetro.com.my

Pemilik enggan jual jentera kesayangan walaupun pernah ditawar RM20,000

Kebiasaann­ya, peminat kereta lama atau retro akan mengekalka­n konsep ‘Japanese Domestik Market’ atau JDM dan akan tetap setia memelihara keaslian jentera buatan negara matahari terbit itu.

Memang diakui sukar menemukan jentera yang masih mengekalka­n konsep sebegitu, apatah lagi sekiranya ia adalah kereta yang sukar diperoleh ketika ini.

Antaranya Toyota KE70 Liftback milik seorang peniaga di Taiping yang sentiasa menarik perhatian ramai setiap kali menyertai pameran kereta.

Pemilik dikenali sebagai Pak Din ‘Liftback’, 36, mengakui kenderaan kesayangan­nya itu adalah model Corolla Coupe yang dikeluarka­n pada 1979.

Pada era 1980-an, model dua pintu sangat digemari dan menjadi pilihan anak muda pada zaman itu.

Bernadikan enjin 4K Stage II bersesaran 1,300cc, jentera ini diberi kemasan pada ruang enjin dan tidak hairanlah sering memenangi kategori ‘Best Enjin Bay’.

Ruangan dalamannya masih mengekalka­n papan pemuka dan meter kelajuan asal, namun penggunaan stereng Nardi dan Semi Bucket Bride pada semua kerusi menaikkan ‘seri’ jentera retro ini.

Salutan warna Yellow Diamond Pearl 2K tampak bergaya selain penggunaan penyerap hentak boleh laras TRD Hi/Low pada roda hadapan dan TRD 8 Step di belakang menawarkan imej sporty.

Penggunaan rim 15 inci Watanabe yang disaluti tayar Hankook 195/50/R15 menjadi pelengkap kepada rupa jentera dan tampak lebih gah.

Pemilik yang juga ahli kelab Kereta Retro Taiping (KARAT) ini mengakui membelanja­kan lebih RM14,000 untuk mengekalka­n aura DNA keretanya.

Keadaan itu membolehka­n kereta kesayangan­nya kerap menaiki podium khusus bagi kategori dua pintu.

Katanya, dengan rupa masih kekal asli seperti mula dikeluarka­n, ada peminat automotif menawarkan RM20,000 untuk memilikiny­a.

Bagaimanap­un, Pak Din ‘Liftback’ menolak tawaran itu dengan alasan sangat menyayangi­nya selain satu jentera warisan keluarga.

 ??  ?? TOYOTA Corolla KE70 memukau dengan konsep JDM.
TOYOTA Corolla KE70 memukau dengan konsep JDM.
 ??  ?? KEKAL asli dengan
konsep JDM.
KEKAL asli dengan konsep JDM.
 ??  ?? STERENG buatan
Nardi.
STERENG buatan Nardi.
 ??  ?? RUANGAN pemanduan diperkemas dengan kerusi Semi Bucket
Bride.
RUANGAN pemanduan diperkemas dengan kerusi Semi Bucket Bride.
 ??  ?? TOYOTA Corolla KE70 Liftback menggoda.
TOYOTA Corolla KE70 Liftback menggoda.
 ??  ?? AKSESORI prestasi enjin.
AKSESORI prestasi enjin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia