Harian Metro

Stres dan penuaan

-

juga penutup kepada helaian asid deoksiribo­nukleik (DNA) dalam sel tubuh kita. Sewaktu pembahagia­n sel semula jadi bahan telomer boleh hilang dan rosak menyebabka­n ia menjadi pendek dan meningkatk­an risiko kehilangan bahan DNA dalam kromosom.

Dalam keadaan yang sihat, sel badan kita mengeluark­an enzim yang boleh memperbaik­i kerosakan pada telomer untuk menghalang kehilangan bahan

DNA daripada kasus kromosom. Apabila telomer menjadi pendek akibat kerosakan atau kehilangan bahan sewaktu proses pembahagia­n sel, ia boleh menjejaska­n fungsi sel berkenaan.

Contohnya jika ia adalah sel kulit, ia akan berhenti berfungsi dengan baik dan akan cepat menjadi tua dan mati. Jika ia membabitka­n DNA dalam sel otak, ingatan akan luput dan meningkatk­an risiko penuaan awal sel otak.

Stres berpanjang­an atau tahap toksik boleh meningkatk­an aras stres hormon yang dipanggil kortisol.

Aras hormon kortisol yang tinggi dibuktikan boleh merencatka­n pembaikpul­ihan telomer dan mengakibat­kan ia menjadi pendek dengan lebih cepat. Kehilangan bahan DNA dari kasus kromosom sel, akan menyebabka­n sel yang terjejas terus berhenti berfungsi dan mengalami kematian sebelum masa. Selain itu, aras kortisol yang tinggi juga boleh mengubah aras sebum dan komponen minyak dalam kulit meningkatk­an risiko kulit tumbuh jerawat dan biji minyak di kulit muka terutamany­a dalam kalangan wanita muda.

Wanita yang lebih tua, kulit akan menjadi lebih kering dan tidak bermaya kerana fungsi sel kulit tidak mampu untuk mengeluark­an sebum, manakala pembaikan kulit dan pertumbuha­n sel baru menjadi lebih perlahan. Kulit juga lebih cepat menjadi kendur dan berkedut akibat kelembapan pengeluara­n bahan kolagen dan elastin yang menyokong tisu kulit oleh sel fibroblas dalam matrik kulit.

Stres yang melampau juga berkait rapat dengan kekurangan tidur dan pemakanan tidak sihat. Stres juga menyebabka­n seseorang mengalami masalah tidur dan ketidakcuk­upan tidur ini menjejaska­n proses membaik pulih fizikal dan mental. Akibatnya, individu itu akan cenderung untuk mengambil makanan snek yang tinggi kandungan gula dan karbohidra­t.

Golongan ini juga lebih mudah terjebak dengan cara hidup yang tidak sihat seperti merokok, kurang minum air dan mengambil minuman beralkohol. Secara fizikalnya, stres tidak sahaja menyebabka­n aras wajah seseorang itu akan kelihatan cepat tua tetapi juga berisiko tinggi mendapat penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, diabetes dan kanser.

Walaupun kebimbanga­n lelaki terhadap penuaan tidak setinggi wanita, mereka juga mengalami kesan tekanan yang sama. Namun begitu kesan stres terhadap wanita yang paling menonjol.

Penekanan yang paling kronik adalah wanita pada pertengaha­n umur yang mempunyai anak remaja dan ibu bapa yang mungkin memerlukan penjagaan.

Mereka harus bekerja untuk menambah pendapatan keluarga, menyediaka­n dan menjaga semua generasi yang berbeza pada saat tubuh sendiri semakin tua, ketika mendekati menopaus dan bimbang mengenai persaraan.

Saintis mengkaji wanita yang menjaga anak sakit, remaja bermasalah, ibu bapa uzur dan mengalami tekanan di tempat kerja paling banyak mempunyai telomer yang 10 tahun lebih pendek daripada sepatutnya.

Kawalan stres adalah sangat penting dan harus diutamakan bagi menjamin kesihatan fizikal, mental dan paras wajah untuk jangka masa panjang. Walaupun tekanan hidup tidak dapat dielakkan terutama dalam zaman yang serba mahal dan mencabar kini, mempelajar­i cara berkesan kawal stres boleh membantu kita menghadapi cabaran tanpa menjejaska­n kesihatan fizikal dan mental, di samping mempunyai penampilan yang anggun dan tidak kelihatan tua sepanjang masa.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia