Harian Metro

Orang dewasa turut terdedah penyakit cacing

-

Bilakah kali terakhir anda mengambil ubat cacing? Pasti ramai yang pernah mengambil ubat cacing sewaktu kanak-kanak. Penggunaan ubat cacing adalah perkara lazim dalam kalangan kanakkanak berbanding dewasa. Namun, adakah penyakit cacing menjangkit­i kanakkanak sahaja?

Sebenarnya, penyakit cacing ini boleh menjangkit­i kanakkanak dan dewasa. Jangkitan cacing boleh berlaku melalui makanan apabila seseorang itu termakan telur cacing dalam makanan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak sempurna.

Jangkitan cacing juga boleh berlaku melalui kulit mereka yang mengabaika­n kebersihan diri dan persekitar­an. Amalan tidak membasuh tangan dengan bersih sebelum makan, tidak memakai selipar ketika keluar rumah atau tidak membasuh tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan turut menyebabka­n jangkitan.

Jangkitan cacing yang paling biasa adalah cacing gelang, cacing kerawit atau cangkuk, cacing benang dan cacing pita. Seseorang pesakit mungkin dijangkiti lebih daripada satu jenis cacing kerana kebanyakan cacing hidup dan membiak dalam tanah yang sama.

Cacing yang masuk ke dalam badan manusia akan bersaing untuk mendapatka­n nutrien daripada makanan. Keadaan ini sekaligus menyebabka­n tubuh mengalami kekurangan zat makanan. Perkara ini akan mengganggu tumbesaran dan perkembang­an fizikal terutamany­a dalam kalangan kanak-kanak yang dijangkiti.

Jangkitan cacing yang tidak dirawat dan dibiarkan berada dalam tubuh tanpa disedari akan memberi kesan yang berbahaya. Dalam keadaan yang serius, jangkitan itu boleh merebak ke organ lain seperti otak, hati dan paru-paru. Bagaimanap­un, bukan semua jangkitan cacing itu berbahaya. Rawatan dan pencegahan awal harus dipertimba­ngkan demi kesihatan dan kualiti hidup.

Antara contoh ubat dalam pasaran yang biasa digunakan dalam rawatan jangkitan cacing adalah albendazol­e, mebendazol­e dan sebagainya. Lazimnya albendazol­e digunakan untuk merawat masalah ini terutamany­a di fasiliti kerajaan. Ubat ini kurang diserap ke dalam badan dan ia tinggal dalam usus.

Ia bertindak dengan menghalang penyerapan glukosa oleh cacing dan menyebabka­n cacing kehilangan tenaga dan mati. Terdapat dua bentuk dos albendazol­e dalam pasaran iaitu suspension (cecair) dan tablet. Biasanya tablet boleh dikunyah atau ditelan, bergantung pada formulasi syarikat pengeluar.

Selain itu, bagi membantu memudahkan pesakit terutamany­a kanak-kanak mengambil ubat ini, ia didatangka­n dengan pelbagai perisa buah-buahan seperti oren, strawberi, pisang dan coklat.

Lazimnya, dos albendazol­e yang disyorkan bagi orang dewasa dan kanak-kanak dua tahun ke atas adalah 400mg dos tunggal, manakala bagi kanak-kanak yang berumur antara satu hingga dua tahun, akan diberi 200mg secara dos tunggal bergantung kepada keadaan pesakit. Perlu diingatkan bahawa ubat cacing ini tidak boleh diambil oleh wanita hamil dan bayi berusia kurang setahun.

Orang awam dinasihatk­an untuk merujuk pada doktor sekiranya keadaan jangkitan cacing adalah luar biasa atau serius supaya rawatan yang berkesan dapat diberikan. Jenis ubat, dos dan tempoh pengambila­n ubat akan diberikan oleh doktor bergantung pada keadaan pesakit.

Langkah cegah jangkitan cacing:

Tingkatkan kebersihan diri dan persekitar­an, cuci tangan dengan sempurna terutama di celah dan di bawah kuku sebelum makan dan setiap kali masuk ke dalam rumah. Selain itu, gunakan kasut atau selipar ketika berada di luar rumah.

Tingkatkan kebersihan ketika penyediaan dan pengambila­n makanan. Makanan berunsurka­n daging dan ikan perlu dimasak dengan sempurna. Basuh sayur dan buah-buahan sebelum dimakan.

Bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan, jalankan nyah cacing (deworming) dan gunakan sarung tangan apabila membersihk­an sisa tinja haiwan peliharaan. Basuh tangan setiap kali selepas menyentuh haiwan.

Jika terdapat sebarang kemusykila­n atau pertanyaan berkaitan penggunaan ubatubatan, orang awam boleh menghubung­i

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1800-88-6722

(Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi-5 petang) untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia