Harian Metro

Rasa Kepala nak pecah

-

Saya seorang pengarah syarikat berumur 45 tahun. Saya mengalami sakit kepala sejak 25 tahun lalu. Setiap kali kesakitan datang, ia bermula dari belakang kepala terasa naik ke ubun-ubun dan turun ke dahi sebelum berakhir pada bebola mata. Saya mengalami sakit ini hampir setiap hari terutama jika terdedah kepada cuaca panas.

Terasa amat sakit sehingga kepala berdenyut seakan-akan mahu pecah. Paling teruk ialah sakit pada mata dan kawasan sekeliling­nya. Bebola mata juga berdenyut dan rasa mahu tersembul keluar, selain bengkak dan kemerahan serta pandangan jadi berganda.

Setiap kali mengalami sakit begini, saya jadi panas baran, suka berkurung dalam bilik dan memasang pendingin hawa. Tidur malam selalu terganggu walaupun sudah makan pelbagai jenis ubat tidur.

Saya selalu kalah dengan sakit ini walaupun berbadan tegap. Akhirnya saya terlantar di wad kecemasan hospital.

Saya bergantung pada ubat penahan sakit suntikan pethidine setiap kali serangan datang kerana semua ubat yang dibekalkan doktor kepada saya tidak mampu mengawal sakit ini.

Saya juga sudah menemui ramai pakar berkaitan termasuk menjalani pelbagai ujian. Mereka memberikan diagnosis yang berbeza sehingga saya keliru dan putus asa. Hidup saya kini tidak bermakna kerana tidak dapat tumpu perhatian pada kerja. Malah, tanggungja­wab sebagai suami dan bapa turut terjejas.

Anda adalah seorang daripada 20 pesakit saya yang mengadu pening kronik yang hampir serupa. Percayalah anda bukan keseoranga­n menderita dengan kesakitan yang merampas kehidupan anda.

Inilah yang dikatakan kesakitan kronik tidak membunuh, tetapi ia membunuh kehidupan. Apabila terperangk­ap dalam kemelut biopsikoso­sial ini, anda akan sukar keluar melainkan anda menerima rawatan daripada doktor yang bijaksana.

Ada beberapa terma yang boleh dipelajari di Internet mengenai penyebab pening kronik. Diagnosis pening seperti sakit kepala tekanan, sakit kepala cervicogen­ic, sakit kepala cluster, migrain, sinusitis dan neuralgia adalah penyebab utama. Segelintir diagnosis pening dapat dibuat hanya dengan pemeriksaa­n dan analisis sejarah pesakit di klinik.

Merujuk pada gejala yang saudara berikan, anda mengalami masalah pening yang kompleks iaitu kombinasi sakit kepala cluster dan cervicogen­ic (sakit sendi facet tengkuk) serentak.

Kedua-dua penyakit ini dapat dirawat dengan suntikan RF. Walaupun rawatannya agak mencabar, setakat ini sebilangan besar pesakit saya yang pening seperti ini berjaya dirawat.

Hasil kelegaan adalah dramatik dan berlarutan untuk jangka masa panjang. Kebanyakan pesakit boleh kembali bekerja dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Antara kelebihan suntikan RF ialah ubat tahan sakit dan ubat psikotropi­k akan dikurangka­n apabila sakit atau pening sudah dapat dikawal.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia