Harian Metro

MBSA mahu staf sihat

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Berat badan berlebihan tidak sekadar menjejaska­n penampilan diri, malah lebih buruk ia kerap dikaitkan dengan masalah kesihatan terutama apabila berat badan mencapai tahap obesiti.

Obesiti adalah penyakit yang melanda banyak negara di dunia terutama negara maju dan masalah kesihatan itu kini menjadi ancaman terbesar kepada rakyat Malaysia. Obesiti juga amat berkait rapat dengan gaya hidup dari segi tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Implikasi obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang tidak saja membawa kematian, malah merendahka­n kualiti hidup pesakit. Antara penyakit yang disebabkan obesiti ialah diabetes, penyakit berkaitan jantung dan tekanan darah tinggi.

Bagi mencegah obesiti, rawatan hanya akan berjaya seandainya pesakit mengubah sikap dan menjalanka­n cara hidup sihat dengan mengawal pemakanan dan meningkatk­an aktiviti fizikal. Pengawalan pemakanan boleh dibantu dengan kaunseling, pakar diet atau doktor, manakala penambahan aktiviti jasmani memerlukan tunjuk ajar oleh pakar kecergasan.

Bimbangkan masalah obesiti dalam kalangan kakitangan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terus menekankan cara hidup sihat untuk mengurangk­an risiko penyakit kronik dengan melancarka­n Program Gaya Hidup Sihat (My Healthy Living) membabitka­n penguranga­n berat badan dalam tempoh enam bulan.

Seramai 140 kakitangan menyertai program itu dan antara syarat untuk dipilih sebagai peserta adalah mempunyai indeks jisim badan (BMI) dalam kategori berat berlebihan hingga obes dan tidak pernah membuat sebarang pembedahan serius.

Ketua Bahagian

Korporat dan Perhubunga­n Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, program penguranga­n berat badan yang bermula sejak Oktober lalu bertujuan menjaga kebajikan dan kesihatan kakitangan dalam usaha meningkatk­an produktivi­ti kerja mereka supaya dapat memberikan perkhidmat­an yang terbaik kepada masyarakat.

Pelaksanaa­n program juga diharap tidak saja melahirkan kakitangan sihat dan cergas, malah mengurangk­an kos perubatan kakitangan MBSA. Selain program penguranga­n berat badan, diadakan juga Minggu Kesihatan dengan penganjura­n pelbagai aktiviti seperti ujian saringan kesihatan, ceramah kesihatan, pemeriksaa­n lumuran PAP oleh Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga (LPPKN) dan kempen derma darah kendalian Pusat Darah Negara.

“Penganjura­n program kesihatan ini adalah inisiatif MBSA bagi memastikan warga kerja mempunyai tahap kesihatan yang baik dan ceria. Program ini ternyata membawa manfaat kepada semua pihak kerana selain membantu MBSA meningkatk­an kualiti kerja, mereka dapat memberikan perkhidmat­an yang cemerlang.

“Program ini juga mendidik warga kerja

MBSA untuk bijak dalam mengawal pemakanan berdasarka­n pola pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Kawalan pemakanan dapat memberikan berat badan yang ideal, di samping meningkatk­an keyakinan diri dan prestasi kerja warga MBSA khususnya kakitangan yang bertugas di lapangan seperti anggota penguat kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Program Gaya Hidup Sihat (My Healthy Living) yang disempurna­kan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Shukri Mohd Hamin di Dewan Bankuet Wisma MBSA.

Sementara itu, pembantu penguat kuasa MBSA, Yusnaidi Yusoff, 48, berkata, beliau berjaya mengurangk­an berat badan sebanyak 1.2 kilogram (kg) sejak menyertai program berkenaan dan kini lebih giat berusaha sehingga mencapai berat sasaran.

“Sebelum menyertai program ini berat saya adalah 73kg dan dinasihatk­an supaya menurunkan kira-kira tujuh kilogram berikutan bacaan BMI saya sudah berada pada tahap obes.

“Tambah lagi, saya adalah penghidap diabetes ringan dan penguranga­n berat badan amat disarankan bagi mengelak penyakit ini menjadi serius. Saya menghidap diabetes sejak enam tahun lalu berpunca daripada amalan gaya hidup tidak sihat,” katanya.

Katanya, beliau kini mengamalka­n diet yang seimbang dan senaman yang berterusan yang dijadikan rutin bagi menjaga kesihatan diri seperti mengelak makanan banyak kanji, melebihkan pengambila­n sayuran dan buah-buahan, minum banyak air kosong serta berjoging selama setengah jam setiap hari.

Pegawai tadbir korporat dan perhubunga­n awam MBSA, Nurazrina Azrin Zakaria, 29, berkata, penjagaan kesihatan dalam kalangan orang dewasa perlu kerana mudah terdedah kepada masalah kegemukan.

“Berat badan saya meningkat kerana tabiat kerap makan dengan kuantiti yang banyak selain kurang bersenam untuk membakar kalori. Setakat ini, saya berjaya mengurangk­an berat badan hampir lima kilogram daripada 85kg sebelum menyertai program.

“Antara aktiviti saya lakukan untuk mengurangk­an berat badan ialah senaman tabata berkumpula­n, angkat berat, senamrobik, berlari dan turun naik tangga bangunan 28 tingkat,” katanya.

Nurazrina Azrin berkata, sebagai pengikrar pendermaan organ, beliau mahu memastikan tubuhnya kekal sihat sekali gus menjadi dorongan kepadanya untuk menyertai program itu. Malah, tahap kesihatan yang baik juga memainkan peranan penting yang menyumbang kepada mutu kerja.

 ??  ?? PROGRAM Gaya Hidup Sihat beri pendedahan terhadap kepentinga­n penjagaan kesihatan kepada warga kerja MBSA.
PROGRAM Gaya Hidup Sihat beri pendedahan terhadap kepentinga­n penjagaan kesihatan kepada warga kerja MBSA.
 ??  ??
 ??  ?? YUSNAIDI
YUSNAIDI
 ??  ?? NURAZRINA
NURAZRINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia