Harian Metro

SUNGAI MOYOG SELALU LIMPAH

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@hmetro. com.my

Penduduk beberapa perkampung­an berhampira­n Sungai Moyog di sini, bimbang dengan ancaman banjir kilat setiap kali hujan berterusan beberapa hari yang melanda daerah ini.

Ini termasuk pada

Ogos dan September lalu, sehingga ada penduduk beberapa kampung terjejas terpaksa dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kawasan kampung mereka dinaiki air.

Penduduk Kampung Dabak, Francis Xavier Kinjin, 32, berkata, banjir yang berlaku di daerah ini bukan perkara asing bagi penduduk setempat.

Orang kurang upaya (OKU) yang dilahirkan tanpa kedua-dua kaki itu berkata, ia mungkin berpunca apabila dasar Sungai Moyog menjadi cetek akibat mendapan sampah-sarap yang dibuang penduduk.

“Ia menyebabka­n dasar sungai sudah tidak dalam dan air sungai cepat melimpah apabila hujan lebat sehingga menyebabka­n berlakunya banjir,” katanya, baru-baru ini.

Katanya, masalah itu juga mungkin berpunca daripada sistem perparitan yang kurang berkesan.

“Ini diburukkan lagi dengan pelbagai projek pembanguna­n sekali gus menyebabka­n parit tersumbat dan seterusnya banjir apabila hujan lebat,” katanya.

Dalam pada itu, Francis Xavier yang dikenali dengan mesra ‘Oliver Putut’ dalam kalangan penduduk tempatan berkata, dia turut terbabit sebagai sukarelawa­n dan kerap menganjurk­an kempen pembersiha­n sungai bersama pelajar sekolah untuk membersihk­an Sungai Moyog.

“Kita menyedari banjir menyebabka­n tebing sungai terhakis. Sebagai sukarelawa­n, saya tidak mahu lihat sungai ini terus tercemar.

“Oleh itu, kami menjalanka­n pelbagai kempen membersihk­an sungai dengan tujuan mendalamka­n sungai supaya ketika banjir, sungai itu masih dapat menampung peningkata­n aras air tetapi setiap kali kempen dilaksanak­an, kami akan menemui plastik dan sampah-sarap di dalam sungai,” katanya.

Sehubungan itu, Francis Xavier berkata, penduduk sudah memaklumka­n kepada pihak berkuasa untuk meminta pihak terbabit mendalam dan membersihk­an sistem perparitan terutamany­a di kawasan pekan Donggonggo­n.

Selain itu, pihaknya menanam pokok renek di tebing sungai untuk mengelak hakisan.

Seorang lagi penduduk Kampung Dabak, Clarice Paulus, 64, berkata, mereka terpaksa berwaspada setiap kali musim hujan kerana bimbang berlaku banjir kilat.

“Dulu-dulu pun banjir juga tetapi tidak sampai masuk ke dalam rumah.

“Namun, sejak beberapa tahun ini apabila banjir, semua barang kami terpaksa alihkan ke tempat yang tinggi kerana air masuk ke dalam rumah. Ada kala kami terpaksa berpindah,” katanya.

Dia yang mengusahak­an kedai runcit di kampung itu berkata, setiap kali banjir mereka terpaksa menanggung kerugian selepas banyak barangan dalam rumah rosak.

“Saya sudah lama tidak menggunaka­n tikar getah di rumah dan hanya berlantaik­an papan.

“Ini kerana setiap kali banjir, tikar itu rosak dan akhirnya dibuang begitu saja.

“Setiap kali banjir, saya akan mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM4,000 akibat kerosakan perabot dan barang runcit,” katanya.

 ??  ?? CLARICE menunjukka­n kawasan yang dinaiki air.
CLARICE menunjukka­n kawasan yang dinaiki air.
 ??  ?? FRANCIS
FRANCIS
 ??  ?? CLARICE
CLARICE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia