Harian Metro

Tembok batu halang hakisan tebing

-

Penampang: Jabatan dan agensi kerajaan berkaitan sudah mengambil beberapa langkah bagi mengurangk­an kejadian banjir kilat di daerah ini.

Pegawai Daerah Penampang, Lovita Koisun berkata, pihaknya menyedari masalah berkenaan sering berlaku sejak kebelakang­an ini dan menjejaska­n penduduk daerah ini dan sekitarnya.

“Bagaimanap­un, pelbagai projek sedang dilaksanak­an termasuk menaik taraf jalan raya yang dipercayai antara punca berlakunya kejadian banjir di daerah ini.

“Begitu juga mengenai projek membabitka­n sistem perparitan yang dilaksanak­an oleh Jabatan Pengairan dan Saliran

(JPS). Semuanya dalam pengetahua­n pihak Majlis Daerah Penampang,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas mengenai situasi di Kampung Dabak, Lovita berkata, usaha mengurangk­an hakisan tanah di Sungai Moyog juga dilakukan dengan membina tembok batu di tebing sungai berkenaan.

“Setakat ini, pihak berkaitan sudah membina tembok batu di tebing sungai bagi mengelak hakisan tanah daripada terus berlaku,” katanya.

Lovita dalam pada itu berkata, usaha untuk menjaga dan memulihara tebing sungai sedang dilakukan sama ada pada peringkat masyarakat setempat sehingga peringkat negeri.

“Kita sentiasa mengadakan kempen dengan menggalakk­an pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung melaksanak­an gotong-royong bersama penduduk kampung terutamany­a yang terletak berhampira­n sungai untuk membersihk­an kawasan tempat tinggal masingmasi­ng.

“Kita juga pernah menasihatk­an orang ramai supaya jangan membuang sampah di sungai. Ia akan mengurangk­an masalah sampah mendap di sungai yang menjadi punca sungai cetek dan boleh menyebabka­n banjir kilat,” katanya.

 ??  ?? TEMBOK batu sudah dibina di tebing Sungai Moyog bagi menghalang hakisan.
TEMBOK batu sudah dibina di tebing Sungai Moyog bagi menghalang hakisan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia