Harian Metro

MANGSA BANJIR KELANTAN BERKURANGA­N REZEKI KUNCI AIR

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Tumpat

Macam pesta. Demikian gambaran kemeriahan yang di Kampung Jubakar Pantai di sini, apabila kaki pancing menunjukka­n kehebatan masing-masing menangkap ikan di kunci air setiap kali musim tengkujuh.

Hampir 50 penonton terdiri daripada penduduk setempat begitu khusyuk melihat aksi pemancing ini ‘ngail’ ikan biarpun dibasahi hujan.

Suasana ini hanya dapat dilihat ketika musim tengkujuh apabila air deras dari hulu melalui kunci air itu. Antara ikan yang biasa diperoleh termasuk patin, tenggalang dan lampam jawa.

Pemancing, Ku Muhamad Ku Yahya, 51, berkata, setiap kali musim tengkujuh, kawasan ini yang lebih dikenali sebagai Gate 2 Jubakar akan menjadi tumpuan kaki pancing berikutan arus deras yang melalui kunci air itu, membawa pelbagai jenis ikan darat.

Dia yang lebih dikenali sebagai Abe Ropi berkata, pemancing menggunaka­n teknik ‘sembat’ dengan hanya meletakkan mata kail di dalam sungai tanpa menggunaka­n umpan.

“Kebiasaann­ya, seawal pagi kaki pancing sudah berada di sini untuk memancing ikan dan pada waktu petang, jumlah itu terus bertambah termasuk dengan kehadiran penonton sehingga menjadikan kawasan ini seperti pesta.

“Pelbagai jenis ikan boleh diperoleh malah ada yang berjaya menangkap ikan patin seberat 14 kilogram,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia sendiri pernah berjaya menangkap ikan patin seberat tujuh kilogram baru-baru ini.

“Aktiviti ini dilakukan sekadar untuk mengisi lapang sahaja dan kalau dapat saya akan jual kepada penduduk setempat sebagai pendapatan sampingan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia