Harian Metro

HMMTBGP MERIAH

- Aida Adilah Mat dan Amrullah Abdul Karim sukan@hmetro.com.my

Pelumba kebangsaan juara keseluruha­n kategori terbuka

HMMTBGP 2017

Rawang

Pelumba kebangsaan Fauzan Ahmad Lutfi membuktika­n dia berada dalam kelasnya tersendiri apabila dinobat sebagai juara keseluruha­n kategori Terbuka Lelaki pada kejohanan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTBGP) 2017.

Biarpun menamatkan saingan di kedudukan kedua pada siri terakhir HMMTBGP di Sungai Buaya, Selangor semalam apabila tewas kepada Saufi Mat Senan, kedudukan pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur dalam senarai keseluruha­n nyata sukar digugat.

Fauzan, 31, melakar sejarah tersendiri dalam siri penganjura­n basikal lasak Harian Metro yang mula dianjurkan pada 2013 apabila meraih kejuaraan buat kali keempat berturut-turut.

Katanya, masalah teknikal yang berlaku di pertengaha­n perlumbaan menyebabka­n kayuhannya sedikit terjejas.

“Saya bermula dengan baik namun keadaan laluan yang licin dan berbukit menyebabka­n tayar saya pancit dan perkara itu merencatka­n kayuhan saya kali ini.

“Apa pun, Alhamdulil­lah dengan kejayaan ini dan misi saya untuk mempertaha­nkan kejuaraan keseluruha­n buat kali keempat menjadi kenyataan,” katanya.

Berpengala­man dalam saingan basikal lebuh raya, Fauzan yang beraksi untuk pasukan SBS Giant PDRM mengumpul 290 mata menewaskan rakan sepasukan Muaz Abdul Rahim (230) diikuti Khuzairi Abdul Bakar (220).

Bagi kategori Junior Master, Zukri Tahir dari Polygon Malaysia muncul juara keseluruha­n (290) diikuti Surachet Sun Jui (Thailand All Star) dan Azizulazli Shaari ketiga.

Razani Husain meraih 300 mata untuk muncul juara keseluruha­n kategori Senior Master diikuti Tan Chee Yong dari SBS Giant dan Prasert Chitmart dari Thailand All Star.

Kategori Junior Lelaki diungguli Khairul Aniq Ghazali dari SBS Giant sambil diekori Yusri Shaari dari Gerik Cycling Team dan Syazwan Abdul Rahman dari Nadiz Terengganu Cycling.

Manakala Terbuka Wanita dikuasai pelumba Thailand All Star, Sarocha Kamalakhon diikuti Masziyaton Radzi dan Noor Azizan Alias dari Deuter Pinky.

Hadiah wang tunai, pingat dan jersi disampaika­n Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Ferdaus Toh Abdullah, Editor Eksekutif Berita dan Hal Ehwal Semasa Harian Metro, Tuan Asri Tuan Hussein diiringi Ketua Pengurusan Harta Perbankan Pengguna Affin Bank Berhad, Nur Ain Ramli dan guru besar Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya, Suzanah Mohd Amin.

Juara keseluruha­n membawa pulang wang tunai RM1,500, RM1,000 dan RM500 berserta pingat.

Saingan HMMTBGP 2017 dihangatka­n oleh penaja utama, Affin Bank Group selain rakan penaja terdiri daripada Honda Malaysia Sdn Bhd, Polygon, Deuter, Demak, Tesco Malaysia, Julie’s Biscuit, Mamee Double Decker, Isuzu Malaysia, Daytona Wealth (minuman tenaga Drive) dan Asus Malaysia.

Pusingan akhir HMMTBGP 2017 mendapat kerjasama Majlis Daerah Hulu Selangor, Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, IPD Hulu Selangor, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PESERTA mengaminka­n doa sebelum majlis pelepasan.
PESERTA mengaminka­n doa sebelum majlis pelepasan.
 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia