Harian Metro

Sukar penuhi syarat mohon kad pengenalan

-

Kuala Lumpur: Pengurusan Rumah Titian Kaseh (RTK) melakukan apa yang terbaik termasuk ke Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) untuk menguruska­n permohonan sijil kelahiran dan kad pengenalan bagi 26 penghuni rumah itu di sini, namun syarat dikenakan sangat membebanka­n.

Pengasas RTK, Sharifah Adlan berkata, antara syarat dikenakan termasuk pihaknya perlu mencari ibu melahirkan atau nasab keturunan untuk membuktika­n penghuni terbabit warganegar­a yang sah.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Mak Pah berkata, perkara itu dirasakan sukar berikutan kebanyakan penghuni dirujuk ke rumahnya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, Jabatan Penjara dan badan bukan kerajaan (NGO) lain.

“Tetapi kami tetap cuba melakukan yang terbaik untuk anak ini dengan cuba menjejaki di hospital, rumah kebajikan lain dan juga mencari di lorong bagi mengesan ibu kandung mereka.

“Namun ia terbatas kerana kami kekurangan masa dan wang untuk fokus melakukan pencarian ini,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau yang menubuhkan RTK sejak 1998 berkata, antara prosedur JPN mahu adalah jika anak berkenaan lahir di rumah pihaknya perlu mencari bidan yang menyambut kelahiran itu sebagai saksi manakala jika di hospital ibu kandung perlu membawa buku merah sebagai bukti.

“Kasihan dengan nasib anak ini, mereka bukan saja tidak dapat bersekolah dan memakai pakaian seragam seperti kanak-kanak lain, tetapi dinafikan hak kewarganeg­araan apabila dirawat di hospital kerajaan pun dikenakan caj warga asing.

“Masa depan mereka kelam, untuk menyambung pelajaran pun sukar termasuk mencari pekerjaan, kasihan nasib mereka dan saya berharap pihak berkaitan bantulah mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia