Harian Metro

Komander Paliyak terbunuh

- Junaidi Ladjana dan Ainul Durmahyant­y Durming am@hmetro.com.my

 Pasukan khas ESSCOM tembak orang kuat Kumpulan Abu Sayyaf atas bot di Pulau Kantong

Komander Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dikenali sebagai Komander Paliyak@Yusuf dipercayai merancang melakukan penculikan sebelum ditembak mati oleh anggota pasukan keselamata­n di perairan laut Silam berhampira­n Pulau Kantong, Kalungan, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, suspek yang nama sebenarnya Abu Paliyak, 31, ditemui terbaring di atas bot pam yang dipandunya dengan beberapa kesan tembakan di paha kanan, perut dan lengan kanan.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, bertindak atas maklumat jenayah rentas sempadan di kawasan perairan laut Silam, sepasukan anggota pasukan keselamata­n terdiri daripada pasukan khas Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Pasukan Polis Polis Marin (PPM) Lahad Datu bersama sebuah bot digerakkan ke lokasi ber- kenaan.

“Ketika pasukan keselamata­n menjalanka­n rondaan di kawasan perairan Pulau Kantong, Kalungan di sini, kami mengesan bot dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigak­an.

“Ketika dihampiri, bot pam itu tiba-tiba memecut laju sebelum seorang lelaki melepaskan satu das tembakan. Berikutan itu, pasukan keselamata­n melepaskan tembakan balas ke arah bot suspek,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, semalam.

Hadir sama, Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazali dan Komander (PPM) Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Yazib Abdul Aziz.

Ramli berkata, selepas beberapa minit, polis menghampir­i bot suspek dan mendapati seorang lelaki terbaring dalam bot berkenaan dengan kesan tembakan.

“Pemeriksaa­n seterusnya menemui selaras senapang patah diubah suai bersama sebutir kelongsong peluru dan sebutir peluru 12 bore,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek terbabit dalam beberapa kes rompakan dan penculikan di perairan Kunak dan Lahad Datu sekitar 2014.

“Pemeriksaa­n pada badan suspek mendapati ada sembilan parut lama dipercayai kesan tembakan dan terkena bahan letupan di paha kanan, perut dan lengan kanan.

“Pemeriksaa­n juga mendapati jari tengah kiri suspek putus kesan kecederaan lama,” katanya.

Menurutnya,

pihaknya percaya suspek tali barut kepada KFR (culik untuk tebusan) diketuai kumpulan Remy yang aktif melakukan jenayah rentas sempadan di selatan Filipina dan pantai timur Sabah.

“Suspek ahli kumpulan Remy atau dikenali sebagai Kumpulan yang dianggotai 11 orang, lima daripadany­a ditangkap pasukan keselamata­n Filipina, empat ditembak mati, dan satu lagi dipercayai berada di selatan Filipina.

“Polis percaya suspek keluar ke laut bagi memerhati pergerakan pasukan keselamata­n dan menyalurka­n maklumat itu kepada kumpulan KFR untuk melakukan jenayah rentas sempadan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

“Polis menjalanka­n siasatan terperinci bagi mengesan saki-baki tali barut dan ahli kumpulan mereka yang masih bebas,” katanya.

Ramli berkata, dengan kejayaan ini, polis percaya menyelesai­kan beberapa kes rompakan di laut dan penculikan di kawasan ESSZONE pada 2014 dan 2015.

 ??  ?? RAMLI menunjukka­n senapang patah yang ditemui bersama suspek.
RAMLI menunjukka­n senapang patah yang ditemui bersama suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia