Harian Metro

KGMMB kecewa tindakan PAGE

-

Jerantut: Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) kecewa dengan tindakan Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) Datin Noor Azimah Rahim memberi amaran kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan yang mahu pelajar Islam sekolah di daerah itu solat Zuhur berjemaah sebelum balik sekolah.

Presidenny­a Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad berkata, arahan dikeluarka­n PPD itu disifatkan sangat bagus dalam membentuk keperibadi­an pelajar dan sepatutnya disokong semua pihak.

“Saranan itu bertepatan dengan tuntutan agama Islam sendiri yang mewajibkan penganutny­a solat lima waktu, apatah lagi jika boleh melakukan (solat) secara berjemaah, sudah pasti ia lebih baik.

“Ini juga sebagai persediaan kepada pelajar untuk menjadi pemimpin. Mereka juga akan dilatih sebagai imam atau bilal oleh ustaz sekolah masing-masing dan ia sangat bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan semua pihak sekolah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mohd Sabri berkata, Noor Azimah sepatutnya meneliti terlebih dulu saranan itu secara mendalam sebelum mengeluark­an kenyataan yang dilihat sebagai sangat emosi.

Katanya, amalan rohani, jasmani, emosi dan intelek (JERI) yang menjadi antara komponen utama FSK adalah cara paling berkesan untuk membentuk sahsiah diri murid dan pelajar.

“Sebenarnya, amalan ini tidak menjejaska­n murid atau pelajar daripada agama lain, tidak menyentuh sedikit pun keharmonia­n antara mereka memandangk­an saranan ini hanya membabitka­n murid dan pelajar beragama Islam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia