Harian Metro

TERHARU SOKONGAN PEMINAT

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Aqasha tersingkir GV4 akui persembaha­n minggu keenam

kurang memuaskan

Tersingkir di peringkat suku akhir Gegar Vaganza musim keempat (GV4) malam kelmarin tidak mematahkan semangat Aqasha untuk terus aktif dalam bidang nyanyian.

Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akassya Rosli, 34, ketika ditemui selepas persembaha­n meminta maaf kepada peminat kerana mengecewak­an mereka.

“Saya rasa persembaha­n minggu ini kurang memuaskan kerana gagal membuat persediaan mencukupi.

“Saya tidak dapat meluangkan banyak masa berlatih dengan band.

“Buat penyokong, saya minta maaf kerana tidak dapat meneruskan harapan mereka untuk melihat saya mara ke final,” katanya.

Pelakon itu mengakui terharu dengan sokongan tidak bertepi peminat sepanjang enam minggu beraksi di pentas GV4.

“Sepanjang berada dalam industri seni, saya tidak pernah menubuhkan kelab peminat.

“Apabila menyertai GV4, baru saya sedar ramai peminat menyokong saya.

“Menyanyi sudah sebati dengan jiwa dan saya berjanji akan meneruskan karier ini,” katanya.

Menurut Aqasha, banyak pengalaman dan ilmu baru dipelajari­nya sepanjang menyertai program realiti itu.

“Sebagai penghibur, saya tidak boleh pandang remeh terhadap genre kurang diminati. Ini kerana apabila di pentas, saya perlu versatil dan menerima lagu yang diberikan kepada saya,” katanya.

Pada konsert minggu keenam, Aqasha meraih markah terendah iaitu 43.8 peratus menerusi lagu That’s Why You Go Away nyanyian asal Michael Learns to

Rock.

Tujuh bintang lain layak bertanding di peringkat separuh akhir ialah Aishah, Liza Hanim, Hazami, Lan, Tia Jinbara, Firman dan Syura. Persembaha­n minggu itu dinilai barisan juri yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Mokhzani Ismail dan Datuk AC Mizal.

Juara GV4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

GV4 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Selain itu, Astro turut memperkena­lkan sistem Realiti

Maya (VR) kepada penonton untuk menyaksika­n GV4 secara langsung.

VR membolehka­n penonton yang mempunyai gajet menyokong sistem itu menikmati pengalaman menonton konsert GV4 dengan lebih nyata dan jelas pada setiap situasi di pentas.

Sistem itu boleh disaksikan secara percuma menerusi laman web www. gegarvagan­za.com. my.

 ??  ?? SAAT sedih
Aqasha meninggalk­an pentas Gegar Vaganza musim
keempat.
SAAT sedih Aqasha meninggalk­an pentas Gegar Vaganza musim keempat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia