Harian Metro

RAMAI PERTIKAI PADMAVATI

-

Filem epik terbaru dikecam pelbagai pihak masih tunggu keputusan CBFC

Filem epik terbaru arahan Sanjay Leela Bhansali, Padmavati yang sepatutnya menemui penonton pada 1 Disember lalu belum ada tarikh tayangan baru.

Bukan saja peminat, malah Sanjay dan barisan pelakon filem itu, Deepika Padukone (sebagai Rani Padmavati), Ranveer Kapoor (Sultan Alauddin Khilji) serta Shahid Kapoor (Maharawal Ratan Singh) turut resah menunggu keputusan daripada Lembaga Pengarah Pensijilan Filem (CBFC).

Filem epik itu diilhamkan daripada puisi karangan Malik Muhammad Jayasi yang memparkan kisah kejelitaan, kehebatan dan kebijaksaa­n Puteri Rajput yang terkenal pada 1303.

Bagaimanap­un, filem itu mendapat tentangan pelbagai pihak terutama penduduk wilayah Rajasthan dan ahli politik kerana Sanjay didakwa cuba mengubah sejarah selain memberi gambaran negatif terhadap puteri itu.

Sanjay dikatakan sengaja memanipula­si hubungan romantik antara watak Padmini dan Sultan Alauddin Khilji. Sanjay bagaimanap­un menafikan perkara itu.

Sementara itu, pakar sejarah pula mempertika­ikan kewujudan Puteri Rajput itu.

Bantahan tayangan filem itu turut disokong Ketua Menteri Rajasthan, Madhya Pradesh, Uttar Pradesh dan Gujarat.

Shahid berkata, lebih baik serahkan kepada CBFC untuk membuat keputusan.

“Saya pasti lambat laun filem itu akan ditayangka­n juga. Filem epik lakonan saya, Udta Punjab (2016) misalnya tetap ditayangka­n walaupun berdepan kontrovers­i dan penonton menyukainy­a.

“Saya yakin perkara sama akan berlaku kepada Padmavati. Ia perkara biasa untuk filem baru kerana orang akan beri macammacam reaksi berdasarka­n apa yang mereka dengar.

“Jika orang terus bercakap, tentu filem ini ada kekuatan dan keaslianny­a. Ia adalah promosi yang sangat bagus untuk Padmavati,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia