Harian Metro

Lulus RM1.8b projek berkaitan IBS

-

Kuala Lumpur: Kerajaan menerusi Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) berada di landasan tepat untuk meraih pelaburan tambahan bernilai RM2 bilion bagi projek yang mengguna pakai sistem bangunan berindustr­i (IBS) menjelang 2020.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sehingga Oktober lalu, MIDA meluluskan pelaburan bernilai RM1.8 bilion bagi projek berkaitan IBS.

“Sudah banyak kita luluskan, namun kita perlu memastikan projek boleh direalisas­ikan,” katanya di majlis pelancaran Direktori IBS dan Rantaian Bekalan Bahan Binaan 2017/2018, di sini.

Mustapa berkata, IBS boleh menambah produktivi­ti sektor pembinaan tempatan untuk menjadikan­nya lebih cekap, memendekka­n masa penyiapan dan mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pekerja asing.

Beliau berkata, kebanyakan daripada 260 syarikat IBS tempatan sekarang adalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menghasilk­an komponen asas.

Menurutnya, MIDA meluluskan empat projek berkaitan IBS dengan insentif cukai bagi menyokong penggunaan bahan dalam industri pembinaan.

Beliau menyebut contoh dua projek berskala besar yang sedang dimajukan sekarang merujuk kepada usaha untuk mencapai ekonomi bidangan, produktivi­ti dan kecekapan apabila menggunaka­n IBS.

Pertamanya Gamuda IBS milik penuh Gamuda Bhd, yang diberikan elaun cukai pelaburan oleh MIDA, sedang membangunk­an kilang IBS bernilai RM500 juta di dua lokasi iaitu Sepang dan Banting, keduanya Country Garden Pacific View Sdn Bhd yang membina kilang IBS bernilai RM2.6 bilion di Forest City, Johor. BIMB Holdings Berhad (BHB), syarikat pemegangan kewangan Islam tunggal negara, mencatatka­n kenaikan keuntungan sebelum zakat dan cukai kumpulan (PBZT) 10.1 peratus kepada RM732.2 juta untuk sembilan bulan berakhir 30 September 2017, berbanding RM665.1 juta dalam tempoh yang sama pada 2016.

Dalam kenyataan dikeluarka­n, BHB berkata, bank akan terus mengekalka­n pertumbuha­n pembiayaan­nya dengan aset pembiayaan bersih mencatat pertumbuha­n tahun ke tahun 8.0 peratus atau RM3 bilion untuk mencapai RM40.1 bilion pada akhir September 2017.

Setakat akhir September 2017, deposit pelanggan dan akaun pelaburan berada pada RM46.1 bilion dengan kenaikan tahun ke tahun 4.9 peratus atau RM2.1 bilion.

Strategi bank untuk mengembang­kan akaun pelaburann­ya menghasilk­an peningkata­n RM1.7 bilion, daripada RM2.6 bilion pada akhir September 2016 kepada RM4.3 bilion.

“Dengan usaha yang berterusan bagi mengekalka­n kualiti asetnya, bank memberi tumpuan kepada pertumbuha­n aset tertentu dan ini telah mengukuhka­n aset kualiti. Nisbah pembiayaan terjejas kasar bank adalah sebanyak 1.07 peratus pada akhir September 2017.

“Kedudukan modal bank juga kekal sihat untuk menyokong pertumbuha­n perniagaan yang berterusan dengan nisbah jumlah modal sebanyak 15.6 peratus pada akhir September 2017,” katanya.

Prestasi yang kukuh ini diterjemah­kan kepada pulangan ke atas ekuiti tahunan (ROE) pra-cukai tahunan sebanyak 20.9 peratus dan ROE pasca-cukai 15.2 peratus, mengatasi kebanyakan rakan industri.

Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham pula meningkat 12.1 peratus atau RM50.6 juta kepada RM470.2 juta dalam tempoh yang sama.

 ??  ?? MUSTAPA melihat sistem IBS selepas merasmikan majlis pelancaran Direktori IBS dan Rantaian Bekalan Bahan Binaan 2017/2018 di Kuala Lumpur.
MUSTAPA melihat sistem IBS selepas merasmikan majlis pelancaran Direktori IBS dan Rantaian Bekalan Bahan Binaan 2017/2018 di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia