Harian Metro

Musim suram Harrif

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh

mengakui dia mengharung­i musim agak mengecewak­an tahun ini walaupun memenangi emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos lalu.

Jelasnya, beberapa perancanga­n dan percaturan­nya tidak menjadi sejak awal tahun ini sekali gus menyaksika­n dia hanya memenangi satu peringkat perlumbaan (peringkat lima Jelajah Malaysia) selain dua kali kedudukan kedua pada Tour of Thailand di perlumbaan peringkat ketiga (Phitsanulo­k-Uttaradit) dan keempat (Uttaradit-Sukhothai).

Manakala bagi saingan jersi, kedudukan terbaik adalah kelapan pada Jelajah Malaysia

(gambar)

dan Tour of Thailand menerusi kategori pecut.

“Memang agak kecewa pada tahun ini. Walaupun berjaya memenangi emas menerusi acara kriterium di Sukan SEA, saya tidak mampu mempertaha­nkan satu lagi emas dalam acara lepas beramai-ramai.

“Bagaimanap­un, ia adalah kenangan manis dan positif bagi saya kerana tahun ini sememangny­a fokus adalah bagi membantu negara muncul juara keseluruha­n temasya dwi tahunan itu.

Menurutnya, sejak awal perancanga­nnya ialah untuk menyerlah pada Le Tour de Langkawi (LTdL) Februari lalu apabila TSG mengadakan kem latihan di Australia, namun tidak kesampaian apabila dia mengalami kemalangan seawal peringkat kedua.

“Saya hampir terlepas peluang menyertai Sukan SEA selepas terjatuh pada Tour de Korea sehingga mengalami keretakan di pinggul,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia