Harian Metro

Masalah teknikal jejas peluang Azizulazli

-

Rawang: Tiga siri perlumbaan dan semuanya menggunaka­n jentera baru, namun ia hanya mampu membantu pelumba Team Natura, Azizulazli Shaari meraih tempat ketiga keseluruha­n bagi kategori Junior Master pada saingan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 (HMMTBGP) Sungai Buaya, Sabtu lalu.

Azizulazli mengakui, terdapat sedikit masalah pada jentera digunakan pada perlumbaan itu sehingga dia gagal menyaingi lawannya.

Menurutnya, tempat duduk basikalnya longgar dan keadaan itu sedikit mengganggu

tumpuannya.

“Saya menggunaka­n jentera baru yang baru siap sehari sebelum perlumbaan dan mempunyai masalah pada ‘seat clamping’ sehingga menyebabka­n tempat duduk terjatuh.

“Ketiga-tiga sirkit bermasalah dengan basikal. Selain kurang tidur, latihan juga tidak begitu mencukupi kerana saya datang terus dari Terengganu,” katanya.

Pada perlumbaan akhir itu, Azizulazli mencatat masa

1’39.01 di belakang

Zukri Tahir dari Polygon

Malaysia (1’30.48) dan Surachet Sun Jui dari Thailand All Star (1’31.01)

Azizulazli berkata, saingan di sirkit terakhir itu benar-benar mencabar dan pelumba lain ternyata sudah membuat persiapan rapi. Bagaimanap­un, dia tetap bersyukur dan berpuas hati dengan prestasiny­a kerana berjaya menghabisk­an semua perlumbaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia