Harian Metro

Tekad pacu TRW

- Attirmidzi­e Rahman sukan@hmetro.com.my

Cassio fokus bantu Kelantan kembali berbisa, akui masalah pasukan musim lalu sebagai lumrah dunia bola sepak

Pemain import baru Kelantan, Cassio de Jesus tidak mempersoal­kan rekod lampau pasukan itu sebaliknya mahu memikirkan langkah bagi mengecapi kejuaraan bersama Red Warriors musim depan.

Meskipun mengetahui Kelantan dibelenggu beberapa masalah musim lalu, pertahanan kelahiran Sao Paulo, Brazil itu menganggap ia perkara biasa dalam dunia bola sepak.

“Saya ada mengikuti perkembang­an Kelantan sejak bermain bersama bekas pasukan, Semen Padang di Indonesia... ia tidak menjadi masalah buat saya kerana dalam bola sepak ada turun naiknya.

“Apa yang saya suka di Kelantan, ia satu pasukan yang bagus serta mengamalka­n permainan laju,” katanya.

Menurutnya, setiap pasukan yang beraksi di Malaysia disifatkan mengamalka­n corak permainan pantas selain taktikal.

“Ini kali pertama saya beraksi di Malaysia, saya lihat pasukan di negara ini ada perbezaan berbanding pasukan di Indonesia... mungkin di sini tahap permainan lebih tinggi,” katanya.

Cassio yang fasih berbahasa Indonesia menyuaraka­n keyakinan kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dan penyokong pasukan dia bertekad mahu mengembali­kan kejuaraan kepada pasukan itu musim depan.

“Apa yang saya mahu tahun depan adalah gelaran juara kerana kalau anda seorang pemain bola sepak, harus fikir seperti ini kerana ia menjadi harapan kepada pengurusan pasukan dan penyokong.

“Saya tidak takut berada di Kelantan malah saya perlu menjadi lebih kreatif berdepan cabaran baru musim depan.

“Bola sepak adalah kerjaya saya untuk membantu menyara keluarga... sudah pastinya saya akan bermain dengan bagus bersama Kelantan,” katanya.

Cassio dilaporkan sudah menandatan­gani kontrak dua tahun bersama KAFA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia