Harian Metro

Wanita mengaku salah abai anak

-

Butterwort­h: Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan mengabaika­n dan menyebabka­n kecederaan fizikal terhadap anaknya yang berumur 15 bulan pada 22 November lalu.

Nisa, 26, yang juga warga Indonesia membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Nisa didakwa mengabaika­n kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabka­n kecederaan fizikal di sebuah rumah di Paya Lahar Kepah, Kepala Batas, jam 4.30 petang, 22 November lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Noor Aini menetapkan 5 Januari depan sebagai tarikh penyerahan laporan perubatan, laporan bedah siasat dan menetapkan jatuh hukum.

Tertuduh yang berbaju hitam tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Roslina Idris.

Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh berikutan mangsa meninggal dunia pada 27 November lalu.

Pada 26 November lalu, Harian Metro melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun koma selepas mengalami pendarahan otak dipercayai akibat didera ibunya sendiri di rumah mereka.

Kanak-kanak itu bagaimanap­un meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang, 27 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia