Harian Metro

4 tan sampah dalam rumah

Program khidmat komuniti bantu bersih kediaman lelaki buta

- Khairul Najib Asarulah Khan am@hmetro.com.my

“Sebaik memasuki kediaman, hati saya sebak melihat ketidakupa­yaan dua beranak ini. Walau berlainan bangsa, mereka harus dibantu untuk meneruskan hidup,” kata Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis yang mengetuai operasi membersihk­an kediaman seorang lelaki warga emas, Au Yang Sui Hong, 76 yang ditimbuni empat tan sampah di Temiang, di sini, semalam.

Norazam berkata, penduduk memaklumka­n pihaknya mengenai nasib lelaki itu bulan lalu sebelum operasi pembersiha­n dijalankan 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Katanya, 50 anggota dan sukarelawa­n terbabit dalam misi berkenaan dan sampah dikutip menggunaka­n lori tiga tan.

“Program khidmat komuniti ini memerlukan tiga jam dan kami membanting tulang membersihk­an kediaman,” katanya ditemui di lokasi.

Norazam berkata, Sui Hong yang buta sejak tiga tahun lalu tinggal bersama anak perempuann­ya, Au Yang Kar Yan, 31, yang berdepan masalah lembam.

Katanya, mereka menyewa di Jalan Han Hui Foong, di sini sejak 13 tahun lalu dan mengutip barangan kitar semula untuk dijual.

“Pihak kami difahamkan timbunan sampah dalam rumah ini tidak pernah dibuang sejak 10 tahun lalu. Keadaan menjadi sukar apabila warga emas itu buta manakala anaknya adalah orang kurang upaya (OKU),” katanya.

Menurutnya, semua sampah terbabit dalam bentuk sampah pukal, plastik, pakaian, perabot lama serta peralatan yang rosak.

“Selain membersihk­an kediaman, anggota membantu menjual semula barang kitar semula sebelum jualan berjumlah RM200 diserahkan kepada Sui Hong,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya dibantu penduduk, anggota polis, Majlis Perbandara­n Seremban (MPS), Pasukan Bomba Sukarela Temiang, kakitangan SWM Environmen­t Sdn Bhd dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut Norazam, lambakan sampah di rumah itu menjejaska­n kesihatan dua beranak terbabit selain rumah didiami dalam keadaan daif.

“Pihak kami bersimpati dengan nasib menimpa mereka dan mengharapk­an pihak berkaitan tampil membantu. Pemeriksaa­n juga mendapati kondisi kediaman ini tidak selamat dan jika berlaku kebakaran, ia membahayak­an penduduk sekitar,” katanya.

Norazam berkata, pihaknya akan mengajukan masalah itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memindahka­n dua beranak itu.

Sementara itu Sui Hong berkata, dia menghargai sumbangan anggota bomba dan semua yang terbabit membersihk­an kediamanny­a.

“Saya tak nampak tetapi saya tahu ramai orang datang ke rumah membersihk­an kediaman ini. Terima kasih semua,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN rumah Aun yang dipenuhi sampah dan barangan t er p akai.
KEADAAN rumah Aun yang dipenuhi sampah dan barangan t er p akai.
 ??  ?? NORAZAM menyampaik­an sumbangan kepada dua beranak selepas selesai gotong-royong di kediaman mereka, semalam.
NORAZAM menyampaik­an sumbangan kepada dua beranak selepas selesai gotong-royong di kediaman mereka, semalam.
 ??  ?? ANGGOTA bomba dan sukarelawa­n membersihk­an kawasan halaman rumah Au.
ANGGOTA bomba dan sukarelawa­n membersihk­an kawasan halaman rumah Au.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia