Harian Metro

Jejak lelaki potong gelang EMD

-

Pekerja sebuah kebun yang juga individu menjalani perintah sekatan buang daerah (PCO) menghilang­kan diri selepas dia dipercayai memotong gelang peranti pemantauan elektronik (EMD) dipasang di kakinya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan A Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki itu ditempatka­n di sebuah kebun di Rumbia di sini, untuk menjalani perintah PCO kehilangan­nya disedari majikan selepas melakukan pemeriksaa­n jam 1.50 tengah hari.

Asmadi berkata, susulan laporan diterima daripada majikan, polis melancarka­n gerakan susulan mengesan semula lelaki berusia 29 tahun itu.

“Selepas menerima laporan kami ke rumah didiami lelaki itu, hasil pemeriksaa­n dilakukan membawa kepada penemuan gelang EMD yang dipotong. Kami tidak tolak kemungkina­n suspek memotong sendiri gelang EMD itu sebelum melarikan diri.

“Mengikut rekod lelaki itu mula menjalani perintah PCO pada 21 November lalu selama setahun yang sepatutnya berakhir 20 November tahun depan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, selain gerakan mengesan lelaki itu di sekitar daerah Alor Gajah dan negeri ini, sepasukan pegawai dan anggotanya turut ke rumah keluarga suspek di Bakri, Muar, Johor, untuk pemeriksaa­n.

Menurutnya, berdasarka­n semakan dilakukan suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 457 KK dan Seksyen 411 KK.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (4) Akta Pencegahan Jenayah

1959 kerana langgar syarat. Kami minta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat atau terserempa­k dengan suspek agar tampil membantu usaha mengesanny­a,” katanya.

Difahamkan suspek mahir dalam aktiviti pecah rumah dan curi motosikal itu mempunyai tatu labah-labah di lehernya.

 ??  ?? SUSPEK
SUSPEK
 ??  ?? ASMADI
ASMADI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia