Harian Metro

Meraba-raba cari jalan keluar rumah

-

Batu Pahat: Seorang isteri bertindak memimpin suaminya yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihata­n keluar untuk menyelamat­kan diri apabila rumah mereka dijilat api dalam kebakaran di Parit Warijo Lintang, Sri Medan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, Asral Abd Karim, 82, dan isterinya Saleha Sakar,75, berada di dalam rumah kayu yang diduduki lebih 20 tahun lalu sebelum percikan api berlaku dipercayai akibat litar pintas di dapur.

Asral berkata, ketika itu dia baru selesai solat Zuhur dan berehat di ruang tamu, manakala isterinya mengemas di dapur selepas menyediaka­n makan tengah hari.

“Isteri melihat percikan api pada lampu kalimantan­g lalu cuba memadamnya, tetapi tidak berjaya kerana api marak dengan cepat.

“Ketika itu, saya meraba-raba untuk keluar dari rumah dan mengesot ke pintu depan malangnya pintu berkunci dan terpaksa berpatah balik menuju pintu dapur, mujurlah isteri memimpin saya keluar untuk menyelamat­kan diri,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Katanya, akibat kejadian itu, mereka kehilangan tempat tinggal dan menumpang sementara di rumah jiran sebelum berpindah ke rumah anak.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Medan Datuk Zulkurnain Kamisan yang mengunjung­i mangsa berkata, pihak berkuasa termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bakal memberi bantuan sewajarnya kepada pasangan terbabit.

Dalam lawatan itu, Zulkurnain turut menyampaik­an barangan keperluan harian, selain wang tunai bagi meringanka­n beban mangsa.

 ??  ?? ORANG ramai memimpin tangan Saleha untuk menyelamat­kan diri.
ORANG ramai memimpin tangan Saleha untuk menyelamat­kan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia