Harian Metro

Tak mahu miskin di akhirat

-

“Kalau tak mahu miskin di akhirat jangan tinggal solat, walau sesibuk mana sekali pun jadual harian kita,” kata penyanyi Ameng Spring kepada orang ramai ketika sesi ramah mesra bersama peminat pada Karnival Haflah Seni Budaya Islam bersempena sambutan Maulidur Rasul di Dataran Pusat Islam Bukit Palah, di sini, kelmarin.

Bekas vokalis kumpulan Spring itu atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 49 berkata, solat perkara utama dan nombor satu dalam kehidupan setiap umat Islam malah tetap perlu menunaikan ibadat itu meskipun ketika sakit.

Nasihatnya, jika meninggalk­an solat seseorang umat Islam itu dibimbangi miskin di akhirat kerana apa yang pasti kehidupan di dunia ini adalah sementara dan tidak kekal buat selama-lamanya.

“Saya sudah merasai pengalaman hidup miskin. Bertahun saya hidup miskin, tiada wang, kalau orang nak bagi pun tak boleh. Hanya makan nasi berlaukkan ikan masin, tidur atas simen, mandi pula lima gayung sahaja sehari,” katanya.

Kuala Lumpur: “Banyak tempat saya pergi berubat dan sepanjang hampir tujuh tahun ini habis duit simpanan digunakan,” kata penyanyi Elyana, 30, mengenai penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapiny­a.

Kata Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, duit simpanan itu dikumpul sejak mula menyanyi pada usia 13 tahun.

“Ibu memang galakkan saya menyimpan. Alhamdulil­lah, duit simpanan yang ada digunakan untuk membiayai rawatan dan saya boleh

“Penyakit seseorang bukan soal main-main apatah lagi jika menghidap barah. Lagi banyak kos digunakan untuk rawatan penyakit ini.

“Saya bukan saja bergantung dengan ubat doktor, juga mencari alternatif seperti perubatan tradisiona­l dan Islamik.

“Saya juga pergi ke Indonesia dan Singapura. Merata tempat saya pergi berubat

 ??  ?? ELYANA
ELYANA
 ??  ?? AMENG (tengah) bersama peminatnya.
AMENG (tengah) bersama peminatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia