Harian Metro

BERAT HATI NAK BERKEMAS

- Nazdy Harun am@hmetro.com.my

Kuala Berang

“Berikutan banjir sering melanda tanpa dijangka, saya sekeluarga nekad tidak mahu kemas dan susun perkakas rumah selagi musim tengkujuh tidak berakhir kerana bimbang gelombang banjir berikutnya akan merosakkan barangan.

“Selain itu, untuk mengemas barangan ke tempat selamat memerlukan masa yang banyak,” kata Saudah Salleh, 59, dari Kampung Kuala Ping, di sini.

Dia dan suaminya, Mamat Embong, 73, mengambil keputusan itu sebagai langkah berjaga-jaga kerana bimbang banjir berulang dalam tempoh terdekat berikutan paras air kebiasaann­ya naik secara mendadak terutama akibat limpahan Sungai Telemong.

Katanya, ketika banjir minggu lalu, rumahnya dinaiki air sedalam hampir tiga meter menyebabka­n dia bersama empat ahli keluargany­a yang lain berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid As-Syakirin Kampung Kuala Ping selama dua, tiga hari.

“Walaupun sudah pulang ke rumah, hingga hari ini keadaan dalam rumah tidak banyak berubah kerana semua barang termasuk pakaian dan tilam terus kekal berada di tempat tinggi dan kami sekelurga sekadar menghampar­kan tikar plastik pengganti tikar getah sebagai alas lantai.

“Bukan tak mahu mengemas atau sengaja biarkan rumah seperti tak terurus, tetapi ini keputusan terbaik kerana bimbang jika banjir kembali, terpaksa alih semua barangan ini.

“Melalui pengalaman, saya sekeluarga berpindah tiga hingga empat kali sepanjang musim tengkujuh dan ini baru episod pertama, dijangka dua atau tiga kali lagi kami perlu melalui situasi ini,” katanya.

Menurutnya, mengemas rumah amat memenatkan apabila terpaksa melakukan perkara sama berulang kali.

“Jika banjir lagi selepas ini, kami hanya perlu selamatkan diri tidak perlu kelam-kabut hendak angkat barang, ia lebih selamat dan tidak memenatkan kami sekeluarga,” katanya.

Saudah berkata, rumah yang didiami bersama suami dan tiga anak berusia 15 hingga 17 tahun itu antara rumah mangsa banjir di kampung berkenaan yang paling tinggi dinaiki air iaitu boleh mencecah lebih tiga meter.

“Setiap kali musim tengkujuh rumah saya tidak pernah terlepas dinaiki air dan lokasi kediaman yang terletak di tepi jalan utama Kuala Berang - Sungai

 Keluarga nekad tidak mahu susun barangan rumah selagi musim hujan belum berakhir

Tong sedikit-sebanyak memudahkan operasi berpindah.

“Saya tinggal di sini selepas berkahwin. Kali pertama berdepan banjir, saya buntu dan panik sehingga tidak dapat berbuat apa-apa kecuali hanya mampu melihat paras air semakin meningkat naik, namun pengalaman saban tahun membuatkan saya kini tahu selok-belok serta tindakan yang perlu diambil,” katanya.

 ??  ?? SAUDAH bersama suami melihat barangan di dalam rumahnya yang tidak dikemaskan di Kampung
Kuala Ping.
SAUDAH bersama suami melihat barangan di dalam rumahnya yang tidak dikemaskan di Kampung Kuala Ping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia