Harian Metro

Bimbang haiwan berbisa ceroboh kediaman

-

Kota Bharu: “Lebih seminggu rumah dibiarkan tanpa penghuni dan sebelum masuk, saya pastikan keadaan betul-betul selamat terutama tidak dihuni binatang berbisa,” kata suri rumah Umi Ros Ellyinda Awang Isa, 35.

Menurut Umi Ros Ellyinda, dia dan suaminya, Baharun

Daud, 39, serta empat anak berusia antara empat hingga 11 tahun terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong selepas rumah mereka dinaiki air sedalam 0.3 meter Sabtu lalu.

Mereka sekeluarga dibenarkan pulang ke rumah Ahad lalu selepas air mulai surut.

“Memandangk­an rumah kami berdinding­kan kanvas di bahagian dapur, saya bimbang jika binatang berbisa seperti lipan dan ular memasuki kediaman yang boleh membahayak­an nyawa keluarga.

“Saya dan suami sentiasa memantau keadaan sekeliling termasuk di bahagian dalam dan luar rumah kerana bimbang keselamata­n anak-anak yang masih kecil terutama selepas musim tengkujuh.

“Saya sedia maklum banjir gelombang kedua akan melanda negeri ini tidak lama lagi dan kami sekeluarga sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkina­n kerana berada di kawasan yang rendah serta berisiko,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tiong, semalam.

Katanya, banjir baru-baru ini menyebabka­n barang elektrik seperti mesin basuh, kipas dan periuk nasi rosak ditenggela­mi banjir berikutan air naik mendadak.

“Kejadian itu menyebabka­n kami kelam-kabut dan menunggu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menyelamat­kan kami.

“Sebagai persediaan awal, suami membina pangkin yang tinggi untuk meletakkan barang penting termasuk peralatan elektrik, buku teks dan pakaian.

“Kami sudah bersedia menghadapi gelombang banjir kedua, namun berharap supaya banjir yang melanda kali ini tidak teruk seperti yang berlaku pada 2014,” katanya.

 ??  ?? UMI meletak barangan eletrik di tempat yang tinggi bagi mengelak berlaku gelombang banjir kedua di Kampung Tiong.
UMI meletak barangan eletrik di tempat yang tinggi bagi mengelak berlaku gelombang banjir kedua di Kampung Tiong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia