Harian Metro

Sang pemujuk ular

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

 Lelaki tangkap reptilia tanpa sebarang peralatan khas

Minat mendalam terhadap haiwan sejak kecil mendorong seorang lelaki menjadi penangkap ular secara sukarela di sekitar negeri ini sejak tahun lalu.

Biarpun perlu berdepan dengan reptilia berbisa yang mampu meragut nyawanya, Mohamad Saifullah Omar, 27, tidak gentar, sebaliknya menganggap ia sebahagian tanggungja­wabnya sebagai pencinta haiwan dan membantu masyarakat setempat.

Lebih istimewa, dia yang bertugas sebagai Setiausaha Kerja Persatuan Kelab Belia Malaysia Kelantan melakukan aktiviti itu tanpa bantuan peralatan khas, sebaliknya menggunaka­n tangan saja.

Dakwanya, dengan kecekapann­ya, dia dapat menundukka­n ular dan menangkapn­ya dalam tempoh setengah jam.

Semua dilakukan tanpa

mengharapk­an bayaran dan penghargaa­n meskipun ada orang mengelarny­a gila kerana mendekati haiwan berbisa tanpa alat keselamata­n.

Mohamad Saifullah berkata, taktik menangkap reptilia seperti tedung selar dipelajari hasil daripada pengalaman­nya memelihara ular selain orang terdekat.

“Saya cuba belajar sendiri untuk memahami dan mengenali sifat ular, selain belajar ilmu menangkap ular daripada abang angkat dikenali sebagai Bro Dean. “Bermula daripada situ, saya mula berjinak-jinak membantu jiran menangkap ular di kawasan berhampira­n.

“Yang penting teknik kena betul, termasuk pandai ‘memujuk’ dan tidak membuatkan ia rasa terancam. Insya-Allah semuanya akan selamat.

“Saya tidak amalkan apa-apa bacaan tertentu, cuma setiap kali keluar untuk menangkap ular, saya akan dapatkan restu daripada ibu bapa untuk doakan saya selamat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bahagia, Pengkalan Chepa di sini.

Menurutnya, dia pernah dipatuk ular sekali, namun sempat mendapatka­n rawatan di hospital berhampira­n.

Katanya, perkhidmat­an menangkap ular itu disediakan secara percuma kerana minatnya yang mendalam terhadap reptilia itu.

“Saya tidak sampai hati lihat haiwan berbisa sering kali dibunuh. Kebiasaann­ya ular yang ditangkap akan disimpan di rumah saya selama sehari sebelum dilepaskan ke habitat asal atau diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia