Harian Metro

Tiga aduan utama diterima MAVCOM

-

Kuala Lumpur: Tiga kategori utama aduan diterima Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) adalah berkaitan isu bayaran balik, kesalahan pengendali­an bagasi dan penundaan penerbanga­n.

Ketua Pegawai Operasi MAVCOM Azmir Zain berkata, tiga kategori aduan terhadap syarikat penerbanga­n yang secara kolektif membentuk 62.6 peratus daripada jumlah aduan keseluruha­n juga semakin meningkat setiap tahun.

“Aduan berkaitan isu bayaran balik dari Mac hingga Ogos tahun ini meningkat 68.5 peratus dengan 155 kes berbanding 92 kes tahun lalu.

“Isu kesalahan pengendali­an bagasi pula meningkat 54.2 peratus daripada 37 kes tahun lalu kepada 114 kes tahun ini.

“Begitu juga dengan isu penundaan penerbanga­n meningkat 134 peratus daripada 53 kes tahun lalu kepada 124 kes tahun ini,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat MAVCOM di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima aduan berkaitan kemudahan disediakan di lapangan terbang iaitu empat kes tahun ini berbanding dua kes tahun lalu.

Menurutnya, buat permulaan MAVCOM yang ditubuhkan pada 1 Mac 2016 membuat kajian di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 sebelum diikuti lapangan terbang antarabang­sa lain di negara ini dan lapangan terbang domestik.

Katanya, bagi mengatasi permasalah­an yang berlaku berkaitan syarikat penerbanga­n dan pengendali lapangan terbang, MAVCOM merangka dua inisiatif utama iaitu Matriks Penalti dan Pematuhan (Matriks) serta Rangka Kerja Kualiti Perkhidmat­an (QoS) untuk lapangan terbang.

 ?? Azmir Zain ?? Aduan berkaitan isu bayaran balik dari Mac hingga Ogos tahun ini meningkat 68.5 peratus dengan 155 kes berbanding 92 kes tahun lalu”
Azmir Zain Aduan berkaitan isu bayaran balik dari Mac hingga Ogos tahun ini meningkat 68.5 peratus dengan 155 kes berbanding 92 kes tahun lalu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia