Harian Metro

Peluk ibu buat kali kedua

-

Jempol: “Sebelum meninggalk­an rumah, suami berpesan supaya menjadi ibu yang baik malah mendoakan saya bahagia di dunia dan akhirat,” kata Norsyahira Khairul Azam, 24, isteri kepada anggota tentera laut, Allahyarha­m Laskar Kanan Fairuz Mohamad, 28 yang meninggal dunia, kelmarin selepas terbabit kemalangan motosikal di Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, berhampira­n Labu, Seremban pada Sabtu lalu.

Norsyahira berkata, selepas dua hari menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban, suaminya menghembus­kan nafas terakhir 8.30 malam akibat parah di kepala.

Menurutnya, suaminya keluar kediaman di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Kem Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor, 8 pagi kerana mahu membantu majlis kenduri saudaranya di Felda Lui Selatan Dua, di sini.

Katanya, arwah seorang yang rajin dan mementingk­an hubungan persaudara­an malah tidak pernah menolak jemputan kenduri.

“Saya tidak dapat mengikut suami kerana bertugas sebagai jururawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

“Sebab itu dia datang berseorang­an dengan menunggang motosikal,” katanya ditemui pada majlis pengebumia­n jenazah suaminya yang dijalankan mengikut istiadat tentera laut di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Selatan di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Komunikasi dan Peperangan Markas Tentera Laut, Kapten Mohd Shafie Ahmad Badaruddin.

Norsyahira berkata, dia hanya mengetahui kemalangan itu jam 8 malam selepas dihubungi ibu mentuanya, Siti Norfiah Abd Samad, 59.

Selain balu, arwah meninggalk­an dua anak kecil, Farhah Nur Sakinah yang berusia 18 bulan dan Farah Sofiyyah berusia lima bulan.

Abang arwah, Mahathir, 31 berkata, sewaktu berada di rumah ibu, adiknya kelihatan begitu riang.

“Sebelum pulang, adik bersalaman dan memeluk erat ibu kami. Saya berasa pelik apabila dia yang sudah menghampir­i motosikal kembali memeluk ibu buat kali kedua,” katanya.

Menurutnya, arwah yang juga anak kelima daripada tujuh beradik seorang yang ringan tulang dan disayangi ahli keluarga.

 ??  ?? JENAZAH Allahyarha­m Laskar Kanan Fairuz Mohamad selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Selatan, semalam.
JENAZAH Allahyarha­m Laskar Kanan Fairuz Mohamad selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Selatan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia