Harian Metro

‘Potong’ kena masuk Islam ke?

-

“Lepas ‘potong’ kena masuk Islam ke?” Itulah antara soalan yang diajukan oleh Brian Wong, 7, kepada ibu saudaranya, Aly Wong apabila dia bercadang mendaftar nama anak saudaranya itu sebagai peserta acara khatan beramai-ramai.

Selain itu, pelbagai soalan lagi ditanya oleh Brian menyebabka­n Aly terpaksa menerangka­n satu persatu sehingga anak saudaranya itu benar-benar faham.

“Soalan pertama ditanya Brian sudah tentulah sakit atau tidak. Selain itu, dia mahu tahu bagaimana proses bersunat itu dilakukan serta apakah peralatan yang digunakan?

“Semua soalan itu saya jawab dengan jujur, malah menunjukka­n kepadanya proses bersunat yang dimuat naik di YouTube. Memang pada awalnya dia tidak mahu kerana takut.

“Saya mengambil masa beberapa hari untuk memujuknya dengan memberi penerangan terperinci mengenai kaedah serta faedah bersunat,” katanya.

Brian adalah satu-satunya kanak-kanak bukan Islam yang menyertai program Jom Berkhatan anjuran Masjid Al Imam Al Ghazali, di sini, kelmarin. Seramai 25 peserta mengambil bahagian terdiri daripada kanak-kanak berusia antara lima hingga 12 tahun.

Bercerita lanjut, Aly berkata, Brian juga bertanya mengapa perlu bersunat kerana setahunya orang bukan Islam tidak wajib berbuat

Melaka: “Ayah kata, selepas berkhatan kami boleh solat di saf barisan depan macam jemaah dewasa lain. Kata-kata ayah itu menguatkan lagi semangat saya dan abang berkhatan hari ini (semalam),” kata Faqrul Alif Mohd Fairus, 10, dikhatanka­n bersama abang yang juga kembarnya Faqrul Iman Mohd Fairus, 10.

Kembar itu antara 70 kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampu­an dan anak yatim yang dikhatanka­n pada Program Khidmat Komuniti (Berkhatan) Hospital Melaka 2017, di Hospital Melaka di sini, semalam.

Faqrul Alif berkata, dia gembira kerana sempat menghabisk­an masa dengan menghadiri program berkhatan itu bersama rakan lain kerana selepas ini mereka sekeluarga akan berpindah ke Pahang.

begitu.

“Malah Brian bertanya saya adakah dia perlu memeluk agama Islam selepas

 Remaja Cina teruja sertai program khatan

bersunat. Saya agak terkejut dengan soalan ini, mungkin ada orang yang memberitah­unya begitu,” katanya.

 ??  ?? BRIAN ditenangka­n ketika menjalani proses bersunat.
BRIAN ditenangka­n ketika menjalani proses bersunat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia