Harian Metro

Kata-kata terakhir penuh emosi Faez ‘Dia dah tak ada dik’

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Johor Bahru: “Buat baik dengan orang ni tak susah, cuma berkorban sikit je. Mana tahu orang yang kita korbankan itulah yang akan uruskan jenazah kita bila kita dah tiada nanti.” Itulah antara kata-kata terakhir Allahyarha­m Muhammad Faez Salahuddin, 16, yang ditemui lemas di kawasan Paya Biru FELDA Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, dekat sini, awal pagi semalam.

Ayat penuh emosi dan syahdu itu dikongsika­n Allahyarha­m kepada rakannya menerusi media sosial Instagram dan aplikasi WhatsApp hanya beberapa jam sebelum lemas ketika mandi bersama mereka dalam kejadian jam 4 petang kelmarin.

Rakan mangsa Muhamad Fakhri Haziq Abdul Rahim, 16, berkata dia bersama rakan merancang pergi ke pusat rekreasi itu pada saat akhir dengan arwah.

Katanya, mereka berlapan berkonvoi menaiki empat motosikal ke pusat rekreasi itu dan tiba jam 3.30 petang kerana berhenti makan ketika dalam perjalanan.

“Ketika tiba keadaan hujan gerimis, namun ada orang mandi di situ. Selepas melihat ada orang mandi, kami berpendapa­t kawasan itu selamat dan terus bersiap-siap menukar baju dan mandi pada jam 4 petang.

“Apa yang kami pelik, tidak ada seorang pun bagi amaran supaya jangan mandi di kawasan tengah dan apabila salah seorang kawan kami pergi ke kawasan itu, diikuti rakan-rakan lain, ketika itulah beberapa orang mula terkapai-kapai meminta tolong.

“Melihat keadaan getir, saya menarik seorang rakan dan pada masa sama, cuba membantu rakan lain. Ketika kelam-kabut, saya tidak perasan kedudukan arwah tetapi diberitahu arwah, berada di tebing dengan air di paras dada,” katanya di Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudhah, Taman Mount Austin, di sini, semalam.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Johor Jaya 2, di sini, berkata mereka menyangka arwah berada dalam keadaan selamat kerana ketika itu masing-masing sedang bergelut untuk menyelamat­kan nyawa sendiri.

Katanya, kali terakhir arwah dilihat dalam keadaan tersenyum dengan paras air di dadanya, sebelum hilang daripada pandangan mereka.

“Selepas masing-masing berjaya menyelamat­kan diri, barulah kami sedar arwah tiada di tempat kali terakhir dia dilihat. Kami cuba mencarinya selama seminit sebelum terus menghubung­i bomba kerana tidak mahu membuang masa,” katanya.

“Muhammad Faez (Salahuddin) dah tak ada dik, dia dah tak ada,” kata Norhayati Aliman, 57, ibu kepada remaja lelaki yang ditemui lemas di Paya Biru FELDA Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam keadaan sebak dan sedih, Norhayati yang memakai jubah hitam dilihat menyapa tujuh rakan arwah anaknya ketika mereka hadir pada pengebumia­n jenazah Muhammad Faez Salahuddin, 16, di Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudhah, Taman Mount Austin di sini, jam 12 tengah hari.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, kegembiraa­n lapan sahabat mandi-manda di kawasan rekreasi berkenaan sempena cuti sekolah berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Johor Jaya 2 oleh pasukan penyelamat termasuk Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menemui mayat remaja itu pada jam 1.45 pagi semalam.

Bapa mangsa, Salahuddin Khalil, 56, berkata, kehilangan anaknya disedari sejurus dihubungi anggota polis yang memaklumka­n mengenai kejadian lemas ketika menunaikan solat Maghrib di Surau Al-Hafiz, Taman Desa Jaya.

“Memang agak mengejutka­n dan saya serta ahli keluarga tidak menduga kejadian (lemas) ini akan menimpanya. Biasanya arwah akan pulang ke rumah sebelum waktu Maghrib dan segera bersiap untuk ke masjid berdekatan.

“Saya tidak sedar sama ada anak ada (solat) berjemaah atau tidak malam tadi (kelmarin) memandangk­an kami biasanya solat di masjid berbeza. Selaku pengerusi dan imam surau, saya sering bersolat jemaah di situ manakala arwah akan pergi ke masjid di kawasan berdekatan.

“Sebaik diberitahu mengenai kehilangan­nya, saya bersama jemaah melakukan solat Isyak dan solat hajat supaya pencarian anggota penyelamat berhasil serta beberapa kali menghubung­i pihak

 Remaja ditemui lemas ketika mandi bersama rakan di Paya Biru

berkuasa untuk mengetahui perkembang­an dari semasa ke semasa sehingga masuk waktu Isyak di mana SAR dihentikan,” katanya ketika ditemui selepas pengebumia­n jenazah arwah, di sini.

Katanya, semua pihak termasuk ahli keluarga berusaha mencari di kawasan itu hingga ke awal pagi termasuk menggunaka­n lampu suluh di samping berdoa supaya usaha mencari membuahkan hasil secepat mungkin.

“Akhirnya doa kami dimakbulka­n Allah apabila berjaya menemui arwah walaupun nyawanya sudah tiada. Kami reda dengan kejadian itu namun sebagai bapa, saya terasa kehilangan­nya.

“Sebenarnya, kami tidak mengetahui hasratnya untuk mandi-manda bersama rakannya di pusat rekreasi berkenaan kerana biasanya, arwah akan memaklumka­n

kepada keluarga jika mahu ke mana-mana.

“Bagaimanap­un, pada hari kejadian memang kami tidak tahu...jika dia minta izin mungkin kami tidak benarkan memandangk­an keadaan cuaca tidak menentu ketika ini,” katanya.

Menurutnya, rakan arwah juga terkilan dengan kejadian kerana ada rakan lebih awal hampir lemas namun berjaya diselamatk­an.

“Bagaimanap­un, ketika kelam-kabut masing-masing hilang fokus kepada arwah hingga tidak sempat menyelamat­kannya. Mereka terus menghubung­i pihak berkuasa untuk mendapatka­n bantuan dan saya puji kecekalan hati mereka yang cuba membantu arwah...saya hormati mereka.

“Arwah pula sering mendekati sebuah madrasah untuk mendalami ilmu agama dan membantu pelajar di madrasah berkenaan sejak kebelakang­an ini,” katanya.

 ??  ?? SALAHUDDIN bersama isterinya Norhayati menyiram air mawar di pusara anak mereka sambil diperhatik­an dua anak di Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudhah Mount Austin.
FAEZ
SALAHUDDIN bersama isterinya Norhayati menyiram air mawar di pusara anak mereka sambil diperhatik­an dua anak di Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudhah Mount Austin. FAEZ
 ??  ?? MUHAMAD Fakhri menunjukka­n pesanan ringkas arwah ketika ditemui di tanah perkuburan, semalam.
MUHAMAD Fakhri menunjukka­n pesanan ringkas arwah ketika ditemui di tanah perkuburan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia