Harian Metro

Rancang culik menyamar nelayan

- Norasikin Daineh am@hmetro.com.my

Komander kumpulan Abu Sayyaf (ASG) yang ditembak mati di perairan Laut Silam, berhampira­n Pulau Kantung Kalungan, Lahad Datu, kelmarin, dipercayai menyamar sebagai nelayan untuk merancang melakukan penculikan.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, hasil siasatan mendapati suspek Abu Paliyak, 31, atau lebih dikenali Komander Paliyak @ Yusuf dipercayai keluar ke laut bagi membuat pemerhatia­n sebelum dikesan pasukan keselamata­n.

“Siasatan mendapati suspek dipercayai menyamar sebagai nelayan dalam usaha mengelak pergerakan­nya dikesan pasukan keselamata­n.

“Namun hasil risikan dan maklumat, pasukan keselamata­n berjaya mengesan suspek sebelum dia ditembak mati ketika menembak pasukan keselamata­n,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutupan Inisiatif Pesara Polis Sabah Sebagai Pemimpin Keselamata­n Kejiranan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, Kota Kinabalu, semalam.

Ditanya mengenai senjata api yang digunakan suspek ketika kejadian, Ramli berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sumber senapang patah itu diperoleh.

“Senapang patah yang dirampas daripada suspek di- percayai sudah diubah suai termasuk laras dipendekka­n.

“Kita sedia maklum, kalau dulu senjata ini digunakan untuk memburu seladang... jadi kita sedang menyiasat bagaimana senjata itu diperoleh,” katanya.

Sementara itu, Ramli berkata, seorang lagi ahli ASG diburu susulan kejadian itu dan suspek yang diburu antara 11 individu yang mengangota­i ASG aktif melakukan jenayah rompak serta culik untuk tebusan (KFR) di negeri ini yang dipercayai berada di Selatan Filipina.

“Kita sedang mengesan seorang lagi saki baki kumpulan ini yang juga dikenali sebagai Two Brothers. Kita tahu ada seorang lagi masih bebas.

“Maklumat mengatakan dia masih ada di Filipina dan kadang-kadang berkeliara­n di perairan kita. Kita bekerjasam­a rapat dengan pasukan keselamata­n Filipina untuk mengesan suspek ini,” katanya.

Menurutnya, kumpulan itu kini hampir lumpuh kerana hampir semua ahli sudah ditangkap dan ditembak mati pasukan keselamata­n.

“Kumpulan ini dianggotai 11 ahli dan lima daripadany­a sudah ditangkap pihak berkuasa Filipina. Lima lagi sudah mati iaitu empat daripadany­a ditembak oleh penguat kuasa Filipina manakala satu lagi (ditembak) semalam dan seorang lagi masih bebas,” katanya.

 Komander Paliyak keluar ke laut untuk buat pemerhatia­n sebelum ditembak mati

 ??  ?? RAMLI (kiri) menyampaik­an cenderahat­i pada Majlis Penutupan Dialog Keselamata­n Bersama Pesara Polis, di Kota Kinabalu.
RAMLI (kiri) menyampaik­an cenderahat­i pada Majlis Penutupan Dialog Keselamata­n Bersama Pesara Polis, di Kota Kinabalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia