Harian Metro

Pertimbang FRU di Sabah, Sarawak

-

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertimb­ang untuk meluaskan operasi Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) di Sabah dan Sarawak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, cadangan memperluas­kan operasi berkenaan adalah untuk memperkuku­hkan lagi kekuatan sedia ada bagi memastikan isu-isu berkaitan ketenteram­an awam sentiasa dalam keadaan terkawal.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya mempunyai 2,400 anggota di seluruh negara yang diserapkan di 21 trup di kawasan Semenanjun­g.

“Di Sabah kami hanya menempatka­n sebuah aset FRU iaitu kenderaan

di markas Pasukan Gerakan Am untuk mengawal ketenteram­an awam di sana dan tiada anggota FRU.

“Jika ada keperluan kami akan memperluas­kan pasukan ini di beberapa buah negeri dan akan menghantar kertas cadangan kepada kerajaan untuk kelulusan perkara ini,” katanya pada sidang media sempena Hari Ulangtahun FRU ke-62 di pangkalan FRU Cheras di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Komander FRU Datuk Wan Abdullah Ishak.

Mohamad Fuzi berkata, FRU ketika ini dalam proses mengatur strategi dan pelaksanaa­n gerak kerja yang lebih teliti bagi memastikan setiap tugasan, mengikut piawaian antarabang­sa yang telah ditetapkan.

Katanya, ia dilaksanak­an selari dengan arus perubahan semasa dan demi memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang kini cenderung ke arah aspek keselamata­n negara dan ketenteram­an awam.

“Seiring dengan kepolisan moden ketika ini, FRU akan dibekalkan peralatan logistik termasuk kenderaan baru yang dilengkapi dengan teknologi terkini,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD Fuzi memeriksa perbarisan pada sambutan Hari Ulang Tahun FRU ke-62 di pangkalan FRU Cheras.
MOHAMAD Fuzi memeriksa perbarisan pada sambutan Hari Ulang Tahun FRU ke-62 di pangkalan FRU Cheras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia