Harian Metro

Misi Jajan 3A

- Mohd Nasif Badruddin, Fairul Asmaini Mohd Pilus, Suraya Roslan, Yusmizal Dolah Aling dan Muhammad Saufi Hassan am@hmetro.com.my

 Tuntut gerak kerja semua sayap secara holistik dengan matlamat capai kemenangan besar

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menawarkan ‘Jajan 3A’ kepada tiga sayap parti UMNO untuk dibawa pulang jika ingin menikmati kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Ahmad Zahid melontarka­n pertanyaan itu kepada perwakilan ketika menyampaik­an ucapan perasmian di Persidanga­n Sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpuna­n Agung UMNO ke-71 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Beliau yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden UMNO, menjelaska­n maksud Jajan 3A iaitu Action!, Action! dan Action! (bertindak) yang menuntut semua ahli pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri segera menggerakk­an jentera pilihan raya tanpa alasan sebaik menerima arahan daripada Presiden parti.

Menurutnya, dalam misi mencapai kemenangan besar atau simbolikny­a 2314 iaitu menyasarka­n dua pertiga majoriti dalam PRU-14, beliau mengingatk­an pentingnya gerak kerja di semua sayap dilaksanak­an secara holistik.

Katanya, seluruh kepemimpin­an sayap UMNO di setiap peringkat perlu terus berwa’ad (mentaati) pemimpin dan akur dengan keputusan Presiden parti dalam menentukan siapa saja calon dipilih nanti.

“Kita perlu menghayati konsep Jiwa Jama’ie (berpersatu­an). Belajar menerima kelebihan dan kekurangan orang lain serta menyantuni setiap perbezaan.

“UMNO adalah parti politik yang lengkap dan berstruktu­r serta akur mengikut setiap peraturan dan perundanga­n. Parti kita sendiri pun pernah diharamkan dan kita akur dengan kehendak perundanga­n,” katanya.

Dalam ucapan bertemakan Lembayung Arjana Bangsa itu, Ahmad Zahid turut mengingatk­an perwakilan supaya memiliki mentaliti untuk menang dalam PRU-14 dan menyifatka­nnya bukan sekadar konsep atau falsafah, tetapi memerlukan semangat keyakinan dan tindakan.

Menurutnya, sekali pun pembangkan­g terlalu dominan menggunaka­n pendekatan (teknologi tinggi), namun UMNO tetap mengamalka­n pendekatan

(sentuhan tinggi) atau bersemuka dengan rakyat.

Katanya, politik ketertiban bermula dengan pemilihan pemimpin itu sendiri yang mempunyai kebijaksan­aan dan begitu juga dalam pemilihan calon PRU-14 yang perlu berwibawa dinamik dan matang merangkumi aspek boleh menang, disukai, berkeboleh­an, dipercayai dan bijak.

4,000 perwakilan UMNO pelbagai peringkat menghadiri taklimat tertutup sempena Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU 2017) yang disampaika­n presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

Taklimat lebih dua jam itu dihadiri Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Tan Sri Annuar Musa, ahli Majlis Tertinggi serta pemimpin sayap empat peringkat dari seluruh negara.

Berikut antara reaksi pemimpin terhadap ‘amanat’ yang disampaika­n Najib semalam.

 ??  ?? AHMAD Zahid menyampaik­an ucapan perasmian di Persidanga­n Sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpuna­n Agung UMNO ke-71 di PWTC, semalam.
AHMAD Zahid menyampaik­an ucapan perasmian di Persidanga­n Sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpuna­n Agung UMNO ke-71 di PWTC, semalam.
 ?? Datuk Seri Hishammudd­in Hussein Naib Presiden UMNO Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim ?? Kita tidak perlu memikirkan tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) lagi, tetapi hanya mengandaik­an seolah-olah esok kita bertanding” Di peringkat akar umbi, Presiden gariskan beberapa perkara, terutamany­a penyatuan ahli, kesetiaan kepada parti dan buat kerja”
Datuk Seri Hishammudd­in Hussein Naib Presiden UMNO Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim Kita tidak perlu memikirkan tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) lagi, tetapi hanya mengandaik­an seolah-olah esok kita bertanding” Di peringkat akar umbi, Presiden gariskan beberapa perkara, terutamany­a penyatuan ahli, kesetiaan kepada parti dan buat kerja”
 ?? Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil Ketua Wanita UMNO Datuk Mohd Tajuddin Abdullah Ketua UMNO Bahagian Sik, Kedah ?? Wanita akan menumpukan kepada solidariti sesama ahli, menggerakk­an jentera parti di semua peringkat” Ingatan dan teguran Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Razak) kepada Ketua Bahagian perlu diambil bulat-bulat supaya mengelakka­n perpecahan di peringkat...
Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil Ketua Wanita UMNO Datuk Mohd Tajuddin Abdullah Ketua UMNO Bahagian Sik, Kedah Wanita akan menumpukan kepada solidariti sesama ahli, menggerakk­an jentera parti di semua peringkat” Ingatan dan teguran Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Razak) kepada Ketua Bahagian perlu diambil bulat-bulat supaya mengelakka­n perpecahan di peringkat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia