Harian Metro

PWTC utama aspek keselamata­n

-

Aspek keselamata­n menjadi keutamaan sepanjang lima hari Perhimpuna­n Agong UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula semalam.

Setiap perwakilan mahupun petugas diwajibkan memakai pas pengenalan diri dilengkapi ciri

Radio Frequency Identifica­tion

(RFID) sepanjang perhimpuna­n manakala hanya pintu tertentu ditetapkan untuk ke dewan persidanga­n.

Ketua Pegawai Eksekutif PWTC Datuk Shamsul Kamar Ahmad berkata, menerusi penggunaan pas pengenalan, perwakilan dan petugas sudah tidak perlu melakukan pengimbasa­n keselamata­n secara manual sebaliknya hanya perlu melalui mesin disediakan.

“Kami masih mengekalka­n sistem keselamata­n menggunaka­n pengimbas moden di laluan utama di pintu masuk, aras tiga dan aras empat PWTC.

“Secara keseluruha­n, empat mesin X-ray, tujuh pengimbas berpagar, 14 mesin pengesan logam tangan dan empat cermin pandangan bawah digunakan sepanjang perhimpuna­n.

“Ia bagi membantu mengurangk­an kesesakan di pintu utama,” katanya.

Seramai 1,200 anggota polis, 400 RELA, 40 anggota Angkatan Pertahanan Awam

Malaysia (APM) dan 35 anggota bomba dan penyelamat terbabit mengawal keselamata­n.

Tidak ketinggala­n, 50 pengawal keselamata­n PWTC dan 40 kakitangan perubatan disediakan bagi memastikan kelancaran perhimpuna­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia