Harian Metro

Platform tunjuk bakat pelajar

-

 Tonjol kebolehan murid dalam seni fokus utama Kementeria­n Pendidikan Malaysia sempena PAU2017

Menonjolka­n bakat seni dalam kalangan murid serta pelajar menjadi fokus utama Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun ini sempena Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 (PAU2017) yang bermula semalam.

Urusetia Pameran KPM Mohd Amir Khusairi Harun berkata, edisi PAU2017 kali ini akan disertai beberapa pelajar yang berbakat seperti dalam bidang muzik serta lukisan.

“Pelajar ini kita bawa khas dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur dan kita mahu menonjolka­n mereka bukan saja aspek pembelajar­an tetapi bakat yang dimiliki.

“Kebanyakan mereka berbakat dalam pelbagai bidang, namun tiada platform untuk menunjukka­n kemahiran mereka, jadi sempena PAU2017 ini kita tampilkan bakat mereka,” katanya.

Mohd Amir Khusairi berkata, setiap tahun KPM tidak pernah gagal untuk menyertai pameran sempena PAU2017 dan kali ini kita memberi sedikit kelainan iaitu memperliha­tkan bakat pelajar.

Menurutnya, ruang pameran KPM juga menyediaka­n banyak maklumat kepada orang awam terutama berkaitan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) yang sudah memasuki gelombang kedua.

“Orang awam boleh menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan di ruang pameran kami. Selain itu, mereka boleh mendapatka­n penerangan berhubung agenda pendidikan negara daripada pegawai bertugas.

“Ini sebahagian inisiatif kita untuk memberi penerangan kepada umum. Kita mahu semua peringkat masyarakat memahami aspirasi serta agenda pendidikan negara,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, orang ramai juga boleh memberi sumbangan menerusi Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin untuk membantu golongan pelajar yang kurang berkemampu­an.

“Selain bantuan daripada KPM, tabung ini juga dapat menyantuni golongan yang pelajar miskin. Kita bukan saja menyediaka­n sumbangan tabung, tetapi boleh membuat potongan bulanan,” katanya.

 ??  ?? ANTARA aktiviti yang diadakan di gerai pameran Kementeria­n Pendidikan Malaysia pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 di PWTC.
ANTARA aktiviti yang diadakan di gerai pameran Kementeria­n Pendidikan Malaysia pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 di PWTC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia