Harian Metro

Sedia hidangan untuk 135,282 orang

-

Kuala Lumpur: Kira-kira 45,000 kilogram bahan mentah digunakan untuk hidangan makanan kepada 135,282 perwakilan termasuk petugas media dan keselamata­n sepanjang lima hari Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 (PAU 2017) berlangsun­g bermula semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Datuk Shamsul Kamar Ahmad berkata, antara bahan mentah berkenaan adalah beras (5,500kg), ayam (7,000kg), ikan (5,000kg) termasuk 360 tin minyak masak dan 1,300 telur.

Shamsul Kamar berkata, pengurusan PWTC mengambil masa dua bulan untuk membuat persiapan terperinci, manakala gerak kerja secara berperingk­at sejak enam bulan lalu bagi melancarka­n perjalanan perhimpuna­n tahun ini dengan dibantu 1,400 kakitangan.

“Konsep tahun ini bertemakan ‘makan dalam taman’ di mana pihak pengurusan membuat dekorasi dalam dewan makan sebagai taman dilengkapi bunga segar.

“Selain itu, pasukan chef PWTC bertanggun­gjawab dalam menyediaka­n makanan dan minuman kepada semua delegasi perwakilan dan pengunjung sepanjang PAU 2017,” katanya dalam sidang media selepas meninjau persiapan dewan persidanga­n termasuk ke dapur di PWTC di sini, semalam.

Menurutnya, 90 peratus hidangan kampung disediakan bagi memenuhi citarasa perwakilan yang majoriti adalah Melayu.

Katanya, bagi memastikan peningkata­n produk dan perkhidmat­an terbaik, pihaknya turut menaik taraf jaringan Internet sebanyak 65 Local Access Network (LAN) dan 30 WiFi terutama kepada petugas media yang membuat liputan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia