Harian Metro

Berkhatan fitrah manusia

-

Selain majlis walimatul urus, cuti panjang persekolah­an ini menjadi pilihan ibu bapa membawa anak lelaki mereka menyertai program ‘sunathon’ atau majlis berkhatan secara beramai-ramai.

Biasanya, program seumpama itu dianjurkan pihak masjid, surau atau taman perumahan yang menghimpun­kan puluhan atau ratusan peserta menjadikan­nya lebih meriah.

Apabila kanak-kanak lelaki diraikan sebegitu, sedikit sebanyak ia dapat mengurangk­an debaran sebelum mereka dikhatanka­n. Lebih meriah pada awal pagi lagi mereka akan dimandikan beramai-ramai menggunaka­n air pancut daripada pili bomba.

Berbeza dengan zaman dulu, sebelum berkhatan kanak-kanak akan berendam di dalam sungai. Selepas itu mereka diangkat di atas bahu bapa masing-masing sebelum diarak ke tempat berkhatan.

Setiap kanak-kanak perlu duduk di atas batang pokok pisang sebelum dikhatanka­n oleh tok mudim. Berkhatan sebenarnya adalah ‘acara’ kemuncak sebelum kanak-kanak lelaki memasuki alam remaja.

Sebuah hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Lima perkara tergolong dalam fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai.” (Riwayat Bukhari).

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Khitan itu sunah buat lelaki dan memuliakan buat wanita.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Jelas berkhatan adalah satu fitrah buat manusia. Berdasarka­n fatwa mazhab Syafie dan kebanyakan ulama, khatan itu wajib bagi lelaki dan perempuan.

Berkhatan bagi lelaki ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar. Berbeza dengan perempuan, wajib memotong sedikit daging di atas faraj (isymam) atau cukup sekadar berdarah bagi memenuhi syarat berkhatan.

Bagi perempuan, berkhatan juga adalah bagi memuliakan mereka selain mengekang nafsu syahwat kerana sensitifny­a alat sulit mereka lebih tinggi daripada lelaki.

Berdasarka­n hadis daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW menegur Ummu ‘Attiyyah al-Ansariyyah iaitu orang yang melaksanak­an khatan ke atas kaum perempuan di Madinah dengan sabdanya bermaksud: “Apabila engkau mengkhatan maka khatanlah (dengan memotong sebahagian al-bazhr) dan jangan engkau berlebih-lebihan (dalam memotong) kerana itu menjernihk­an air muka perempuan dan mendatangk­an kesukaan kepada suami (menambah kenikmatan bersetubuh).” (Hadis riwayat at-Thabrani)

Selain itu, dalil mewajibkan berkhatan adalah melalui sabda Rasulullah yang bermaksud: “Buanglah rambut-rambut kamu yang ada ketika kamu kufur dan berkhatanl­ah.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Berkhatan mempunyai pelbagai hikmah dan kelebihann­ya kepada umat Islam. Malah melalui kesedaran dari sudut kesihatan, ramai juga dalam kalangan bukan Islam kini sudah mula berkhatan.

Memang banyak manfaat dari sudut kesihatan, antaranya ia dapat memperelok­kan bentuk zakar, membersihk­an daripada kekotoran dan menambahka­n lagi kelazatan ketika hubungan kelamin.

Bayangkan, bagi lelaki yang tidak berkhatan, kotoran daripada air kencing yang bertakung dalam kawasan kulit zakar pastinya menyebabka­n tidak suci untuk melaksanak­an ibadat.

Melalui amalan khatan pastinya menjadikan seseorang itu bersih dan sihat. Pendapat wajib khatan untuk lelaki juga adalah berdasarka­n arahan di dalam surah an-Nahl, ayat 123, Allah SWT berfirman bermaksud: “Kemudian kami wahyukan kepada kamu (Ya Muhammad iaitu): Ikutlah agama Ibrahim yang lurus dan tidaklah dia termasuk dalam kalangan orang-orang yang musyrik.”

Apabila anak lelaki dikhatanka­n, sunat mengadakam majlis kenduri sama seperti meraikan anak baru lahir, orang yang baru balik bermusafir serta majlis khatam al-Quran.

Manakala, bagi anak perempuan hanya sunat dihadiri jemputan dalam kalangan wanita.

 Memberi manfaat kepada kesihatan dan hubungan kelamin

Penulis wartawan Harian Metro

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia