Harian Metro

Banyakkan zikir ketika hadapi musibah

-

hingga duri yang mengenainy­a, kecuali Allah jadikan semuanya itu sebagai penghapus dosa atas kesalahan-kesalahann­ya. “(Hadis riwayat Bukhari).

Nabi SAW juga mengajarka­n beberapa bacaan dan zikir yang boleh diamalkan ketika menghadapi kesusahan.

Setiap detik suram yang dihadapi itu perlu ditangani seperti mana diajar agama, bukannya menyalahi adab dan batas seperti meratap, meraung, meluahkan segala masalah secara terbuka seperti di laman sosial atau menyumpah seranah orang yang menyakitka­n hati kita itu.

Semua tindakan itu tidak akan menyelesai­kan sebarang masalah, malah diri sendiri pula dibimbangi ditimpa musibah lebih besar kerana tidak menerima qada dan qadar Allah SWT.

Contoh lain, apabila seseorang diuji dengan penyakit kronik yang sukar sembuh seperti kanser. Biasanya kita dengar pesakit itu tiada lagi harapan untuk sembuh dan diberikan jangkaan waktu mereka boleh bertahan untuk hidup.

Sebagai Muslim, kita perlu yakin setiap penyakit yang Allah SWT jadikan itu ada penawar kerana Dia Yang Berkuasa menyembuhk­an setiap penyakit.

Sebab itu, penawar paling mujarab adalah berbalik semula kepada Pencipta. Makmurkan hati dengan amalan zikir selain tunjukkan kesungguha­n kita sebenarnya sangat-sangat memerlukan bantuan Allah SWT.

Antara bacaan daripada hadis nabi yang sahih, Imam Bukhari meriwayatk­an daripada Abdullah bin Abbas, nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila dia susah hati dan dukacita dia akan baca doa ini: La Ilaha Illallahul Azimul Halim, La Ilaha Illallahu Robbul ‘Arsyil Azim, La Ilaha Illallahu Robbus-Samawati Wa Robbul-Ardi Wa Robbul ‘Arsyil Karim.”

Maksudnya: “Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, pemilik ‘arasy yang mulia, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, pemilik langit dan bumi, serta pemilik ‘arasy yang mulia.” (Hadis riwayat Muttafaq ‘Alaih)

Selain itu, di dalam satu lagi hadis daripada Asma binti Umais beliau mengatakan, Rasulullah SAW mengajarny­a kalimat yang seharusnya dibaca ketika menghadapi kesusahan: “Allah, Allahu Laa usyriku bihii syai-aa’. Maksudnya: Allah, Allah adalah Tuhanku, yang aku tidak sekutukan dengan apa-apapun.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Seterusnya, antara doa yang boleh diamalkan ketika susah, hati tidak tenang dan sempit dada ialah:

“Allahuma rahmataka arju fala takilni ila nafsi tharfata ‘ain, wa aslihli sya’ni kullahu, la ilaha illa anta.” Maksudnya: “Ya Allah, hanya kasih sayang-Mu yang aku harapkan, maka janganlah Engkau serahkan urusanku pada diriku sendiri meskipun hanya sekejap mata, dan perbaikila­h semua urusanku. Tidak ada Tuhan selain Engkau.”(Hadis riwayat Abu Daud)

Selain itu, satu lagi doa atau zikir yang masyhur diajar dan boleh diamalkan umat Islam iaitu doa nabi Yunus ketika baginda ditelan ikan Nun.

Dalam perut ikan yang gelap-gelita itulah, Nabi Yunus berdoa kepada Allah dengan kalimah ‘La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin.’

Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhn­ya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia