Harian Metro

TAK TOLAK REZEKI

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Syafiq bertuah dapat berlakon filem dan drama

Tidak terfikir akan terbabit dalam bidang lakonan, pendatang baru, Syafiq Nazri, 28, gembira perjalanan­nya sebagai pelakon selama dua tahun seperti dipermudah­kan.

Memulakan karier seni sebagai pengacara, Syafiq berharap fokusnya dalam lakonan lebih berbaloi.

“Saya akui pada awal perjalanan tidak mudah. Apabila menyedari minat lebih kepada lakonan, saya beranikan diri menghadiri uji bakat.

“Rezeki saya pertama kali dapat berlakon watak pembantu dalam drama bersiri Dawai Asmara terbitan Suhan Movies,” katanya.

Syafiq berkata, sejak itu banyak juga tawaran berlakon diterimany­a dan daripada watak kecil, dia sudah banyak mendapat watak pembantu dan berat.

“Pada awal berlakon, saya banyak dapat watak kecil saja. Namun saya tidak kisah kerana sudah begitu minat berlakon.

“Lama-kelamaan saya sedar semakin banyak watak berat dan besar saya terima,” katanya.

Dalam tempoh dua tahun berlakon drama, Syafiq kini terbabit filem berjudul The Millionair­e.

Filem arahan Sofia J Rhyland itu turut menampilka­n Harris Baba dan Raja Ilya sebagai watak utama.

Menerima apa saja tawaran yang tiba, Syafiq tidak kisah dilabel pelakon filem ataupun drama kerana baginya, tidak semua pelakon drama berpeluang berlakon filem.

“Mungkin sesetengah orang meletakkan sasaran untuk berlakon filem jika sudah lama berlakon drama.

“Bagi saya sudah rezeki ditawarkan berlakon filem saya terima saja kerana peluang seperti ini tidak semua orang akan dapat,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Syafiq turut terbabit menjayakan drama bersiri 13 episod untuk RTM berjudul I Dari Saigon.

Selain itu, dia juga terbabit dalam drama bersiri online Chor dan Chah untuk musim kedua.

Bagi Syafiq ketika jiwanya seronok berlakon, dia tidak menolak untuk menerima banyak tawaran berlakon dalam satu masa asalkan pandai membahagik­an masa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia