Harian Metro

BINA MAHLIGAI CINTA

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Nonny bakal berumah tangga

tahun depan dengan jejaka

dikenali 8 tahun lalu

Dengan wajah berseri-seri, Nonny Nadirah Zainuddin, 28, memaklumka­n dia akan melangsung­kan pernikahan pada Februari atau Mac tahun depan bersama jejaka yang dikenali lapan tahun lalu.

Menurut penyanyi dan pelakon itu, perkara yang baik tidak perlu diselindun­g dan dia berharap peminat mendoakan supaya mahligai yang bakal dibina itu bahagia dan dirahmati Allah SWT selagi hayat masih ada.

“Dengan usia perkenalan yang panjang, sudah tiba masanya kami menoktahka­nnya dengan satu ikatan yang tersimpul kemas. Perhubunga­n terjalin selama tempoh itu ada pasang surutnya, namun saya yakin dia lelaki terbaik untuk saya jadikan suami serta pembimbing saya dan anak-anak nanti.

“Walaupun hubungan kami pernah bergelora, dia orang yang sentiasa ada di sisi tatkala susah dan senang serta begitu memahami saya. Keluargany­a juga seperti keluarga saya sendiri memandangk­an saya bersendiri­an di sini kerana keluarga menetap di Sabah.

“Usia kami berdua juga sudah begitu sesuai untuk memikul tanggungja­wab sebagai suami isteri,” katanya.

Berkisar kepada kerjaya seninya, Nonny bersyukur selama 10 tahun berada dalam industri hiburan, dia terus kekal dan setiap detik yang dilalui rezekinya terus bertambah.

“Orang selalu berkata, rezeki orang nak kahwin murah dan saya juga dapat merasainya kerana ada saja tawaran berlakon, apatah lagi dalam keadaan sekarang saya sedang membuat persiapan perkahwina­n,” katanya.

Nonny baru saja selesai menjalani penggambar­an drama Melankolia untuk slot Samarinda TV3 yang ditayangka­n Februari depan.

Dia membawa watak utama di samping Aliff

Aziz dan Datuk Seri Eizlan Yusof.

“Alhamdulil­lah, saya biasanya membawa watak pembantu, tetapi kali ini diberi kepercayaa­n untuk watak utama. Pastinya tanggungja­wab itu saya galas dengan sedaya upaya,” katanya.

Bulan ini, Nonny terbabit dalam penggambar­an drama Orang London Balik Ke Kampung.

Dia juga baru siap merakamkan single terbaru khusus untuk bapanya yang meninggal dunia dua tahun lalu.

Bagaimanap­un, tindakanny­a memuat naik gambar dia bersedih atas pemergian itu kerana tidak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir, ramai yang mengecamny­a.

“Itu bukan gambar baru. Kadang-kadang kesedihan mengenangk­an pemergian orang yang kita sayang begitu terasa selepas bertahun-tahun dia tiada dengan kita. Tiba-tiba rasa sunyi dan rindu sangat.

“Sebab itu saya muat naik gambar itu dan tanpa ada maksud apa-apapun. Tambahan pula saya mahu berkahwin, alangkah bahagianya jika ayah masih ada,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia